KL CHRONICLE: Kini Timb Ketua Penerangan PAS puji Tun Mahathir, Akui Beliau Pemimpin yang Adil Kepada Semua Kaum

Friday, August 29, 2014

Kini Timb Ketua Penerangan PAS puji Tun Mahathir, Akui Beliau Pemimpin yang Adil Kepada Semua Kaum

Tun dipuji oleh PAS sebagai seorang pemimpin yang adil
Timbalan ketua penerangan PAS Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini telah memuji zaman kepimpinan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohammad. Menurut Muhammad, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu merupakan seorang yang tegas dalam pentadbiran. 



Dr Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Menurut Muhammad yang dikenali sebagai Mat Taib, semasa pentabiran Dr Mahathir, tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak kaum seperti sekarang.

"Waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.

"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat-pendapat negatif," kata beliau yang kini merupakan timbalan ketua penerangan PAS itu.

MORE TO COME

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget