KL CHRONICLE: Kini PAS Buat U-Turn, Kata Kenyataan @KhalidSamad Bahawa Sultan tiada kuasa mutlak pilih MB bukan pendirian Rasmi

Friday, August 22, 2014

Kini PAS Buat U-Turn, Kata Kenyataan @KhalidSamad Bahawa Sultan tiada kuasa mutlak pilih MB bukan pendirian Rasmi


PAS Selangor dan PAS Pusat hari ini sepakat mengkritik dan menjauhi kenyataan tidak sensitif Khalid Samad semalam yang berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar.




"Ia bukan menggambarkan pendirian PAS," kata mereka, sebaliknya berkata ia adalah pandangan peribadi ahli Parlimen Shah Alam itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Zaidy Abdul Talib berkata kenyataan Khalid tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Pendirian PAS seperti yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam pelantikan menteri besar," kata Mustafa sebagaimana dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Zaidy dalam kenyataan berasingan berkata kenyataan Khalid itu bukan menggambarkan pendirian PAS Selangor.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya berkata, Sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Pada sidang media itu, Khalid berkata:"Ada yang berpendapat, ia bukan penduluan yang baik. Oleh kerana sistem di Malaysia adalah sistem raja berpelembagaan, kita tidak patut bagi Sultan kuasa untuk membuat keputusan siapa patut menjadi menteri besar secara bersendirian, tetapi itu hanya pendapat."

Khalid dalam kenyataan asalnya berkata, dalam menentukan calon menteri besar Selangor, PAS mendapat indikator dari istana, bukan semestinya daripada Sultan sendiri, yang mereka mahu lebih satu nama.

"Jadi, PAS meletakkan dua nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu presiden PKR dan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali," kata Khalid.

Sementara itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi, jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," katanya. – 22 Ogos, 2014.

4 comments:

sesejuk mata memandang said...

JIka benar kenyataan yang dibuat oleh Khalid Samat sebagai pandangan peribadi dan bukan dari PAS , apakah alasana Pas jika baginda tuanku arahkan khaldi dipecat dari pas kerana keterlaluan menghina institusi raja

Unknown said...

Taktit khalid gereja untuk mencabar dan mengailh perhatian supaya dymm sultan selangor memilih wan azizah sebagai mb.

Kalau dymm sultan selangor memilih bubar dun selangor sudah pasti manusia bernama khalid gereja ni yang akan marah berguling2 sebabnya......?

Sebabnya....tak makan umpan yang diberi!

Rozai CBR said...

Pas dan khalid sama jer....perangai munafik ...

Unknown said...

Setuju rozai CBR

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget