KL CHRONICLE: Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Wilayah @Razlanrafii Terhadap Pentadbiran PM @NajibRazak

Tuesday, August 19, 2014

Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Wilayah @Razlanrafii Terhadap Pentadbiran PM @NajibRazak

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Saudara Razlan Rafii

KENYATAAN MEDIA
19 Ogos 2014

1. Kebelakangan ini banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi negara. Ia sekali gus menguji kepintaran pemimpin negara menangani pelbagai rintangan yang melibatkan isu-isu besar dari dalam dan luar negara yang tidak pernah dijangka akan menggusarkan banyak pihak.




2. Hari ini cabaran yang terpaksa dipikul Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak amat besar dan ianya diatasi dengan penuh berhati-hati agar hasil yang bakal diperolehi kelak tidak merugikan semua pihak.

3. Musibah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pasti merupakan dugaan besar bukan saja kepada Perdana Menteri bahkan ia turut dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Misteri kehilangan pesawat MH 370 juga sehingga kini tidak bertemu jawapannya sudah pasti membuatkan Perdana Menteri sendiri mencari pelbagai inisiatif bantuan seluruh dunia agar ianya ditemui.

4. Tak dinafikan cabaran Perdana Menteri ke 6 ini jauh lebih mencabar dengan pelbagai bentuk dugaan yang tidak terduga ditambah lagi dengan kemodenan komunikasi yang sukar dibendung dalam kepelbagaian bentuk penyebaran berita dan fitnah yang boleh mematikan semangat pemimpin ini meneruskan perjuangannya memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

5. Melihat akan kepentingan rakyat terutama ahli UMNO, banyak pembaharuan yang telah dijanakan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak. Antaranya adalah memberi kuasa kepada lebih 3 juta ahli UMNO menentukan kepimpinan parti yang terbaik untuk diketengahkan dan secara tidak langsung telah memberi satu nilai tambah kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap UMNO terutamanya.

6. Ini adalah salah satu pembaharuan dalaman parti yang dibawa oleh Presiden UMNO dengan harapan UMNO lebih bersifat menyentuh nadi hati sanubari ahli. Bukan seperti sebelum ini, di mana hanya kuasa memilih diberikan kepada 2,500 Perwakilan dan terlalu banyak cerita politik wang yang dibangkitkan. Tindakan ke arah membersihkan persepsi bukanlah satu perkara yang dapat diselesaikan dengan cepat. 

7.  Rakyat dapat menilai Perdana Menteri bertungkus lumus ‘membaiki’ kesilapan lalu yang menyebabkan orang Melayu cuba menjauhi parti Melayu ini terutamanya. Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi terjadi akibat daripada kerja² tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat. Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik.

7. Pembangunan dan perkembangan ekonomi negara membangun pesat saban tahun dan ia pastinya membanggakan rakyat Malaysia. Tetapi kepentingan rakyat yang tersepit di antara peningkatan kos sara hidup dan tempat tinggal telah menyebabkan pelbagai kepincangan tak terduga boleh berlaku. Mengambil kira keutamaan kepada rakyat, hari ini pelbagai bentuk dana dan bantuan kerajaan terus kepada golongan sasaran. Ditambah dengan rancangan projek perumahan mampu milik antaranya PR1MA, PPRT dan pelbagai lagi dibangunkan secara seimbang di dalam Kuala Lumpur dan bandar² lain seluruh negara.

8. Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh YAB Presiden UMNO. Ada di antara rancangan kerajaan hari ini pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangkamasa 10 tahun akan datang.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

1 comment:

usin said...

Apa yg disebut oleh ketua pemuda umno wp tu betul, org tak nafi. Cuma dlm buat bnyk pembaharuan, bnyk juga elemen kerosakan dilakukan pm najib. Adakah dgn menghapuskan ISA, akta keduaman terhad dan terbaru (akan) akta hasutan dapat membantu proses perpaduan kaum? Adakah kerja2 kerosakan ini meningkatkan sokongan rakyat kpd kerajaan? Semakin sukakah rakyat kpd kerajaan dgn pemberian BR1M? Rakyat hanya suka duit, bukan suka najibpun! Adakah dgn menggelar diri ah jib gor akan menyebabkan masyarakat cina berhempas pulas menyokong najib? Banyak lg kalau nk sebut, itu cuma sekelumit shj. Lihatlah bagaimana biadapnya Islam dan melayu serta raja2 dihina. Sebab apa? Sbb AG yg dh 12 tahun tidur bergaji tak bangun2. Apa najib buat? Biarkan sahaja!!! Melayu Islam yg bnyk pangkah umno bn masa pru13 dulu najib layan mcmana? Yg hentam, hina dan keji najib pulak diangkat dan dipenuhi permintaan oleh najib. Kpd ketua pemuda wp, nk jagà periuk nasipun beragak lah ye. Baik diam dpd rasa cerdik nk sekolahkan rakyat yg sayangkan negara ini dpd terus rosak. Kami bukan nk najib resign, tp nak najib sedar bahawa ada kesilapan dan pantas utk buat pembetulan. Kami masih sokong dan sayang najib, so berubahlah...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget