KL CHRONICLE: Ha Ha @khalidSamad Diludah Di Mahkamah Jalan Duta, Padan Muka

Tuesday, August 26, 2014

Ha Ha @khalidSamad Diludah Di Mahkamah Jalan Duta, Padan Muka


Seorang pemuda didakwa meludah kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad semasa beliau sedang berjalan keluar dari Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, kata saksi kejadian.

Khalid ketika itu baru melangkah meninggalkan ruang lobi selepas membayar ikat jamin kes dakwaan menghasut berikutan kenyataannya terhadap Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).



Ketika kejadian, beliau berada bersama isterinya dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Bercakap kepada media, Bahrin melahirkan kebimbangan kerana kelihatan seperti tiada kawalan keselamatan di kawasan mahkamah itu.

"Di mana pihak yang mengawal keselamatan? Bukankah kita semua berhak mendapat perlindungan di bawah undang-undang?,” katanya.

Bahrin dan isteri Khalid cuba melindunginya semasa kejadian kerana dikatakan penyerang itu tidak berseorangan sebaliknya merupakan salah seorang daripada sekumpulan pemuda yang kemudiannya mengekori mereka hingga ke kawasan letak kereta.

Bahrin melahirkan kekesalan kerana Khalid tidak diberikan perlindungan oleh pengawal keselamatan mahkamah semasa kejadian.

"Kita dalam bangunan mahkamah. Keadilan dan keselamatan kita semua sepatutnya terjamin di bawah undang-undang.

"Kenapa apabila ia terjadi kepada ahli pembangkang, tiada pengawal disediakan? Adakah kita tidak boleh berasa selamat lagi di mahkamah, di tangga mahkamah Kuala Lumpur?" tanyanya.

Difahamkan yang pemuda itu minum air sambil menunggu Khalid di luar mahkamah. Apabila Khalid keluar, dia terus meludah air yang diminumnya terhadap ahli Parlimen itu.

Kumpulan itu kemudiannya berteriak kepadanya dan mengekori mereka hingga ke parkir kereta yang kebetulannya melalui pusat utama kawalan keselamatan kompleks mahkamah itu.

Sebelum itu, Khalid tidak mengaku bersalah atas tuduhan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan. Hakim Aswarnida Affandi menetapkan RM4,000 ikat jamin dengan seorang penjamin dan 22 September untuk sebutan kes. – 26 Ogos, 2014.

1 comment:

raismazzadam said...

Sepatutnya baling mercun bola...BODOH PUNYA KHALID SAMAD...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget