KL CHRONICLE: Diserang DAP dan PKR, Exco PAS nafi sekongkol dengan @Khalid_ibrahim lewatkan sidang DUN

Friday, August 15, 2014

Diserang DAP dan PKR, Exco PAS nafi sekongkol dengan @Khalid_ibrahim lewatkan sidang DUN

Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014.
Kini Dr. Halimah diserang DAP dan PKR
Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan sekeras-kerasnya fitnah DAP dan PKR yang beliau dan tiga rakannya berpakat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk sengaja melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.



Mereka didakwa bekas exco DAP Datuk Teng Chang Khim bertindak demikian bagi membenarkan menteri besar Bebas yang dipecat PKR itu untuk terus berkuasa di Selangor sehingga November.

"Tak ada bincang. Kalau dia (Khalid) ada bincang dengan EXCO lain, itu saya tidak tahu," katanya merujuk kepada tiga exco PAS lain yang juga tidak dipecat Khalid kerana dipercayai menyokongnya.

"Buat masa ini saya hanya jalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

DUN penggal ketiga dijadualkan bersidang November ini, tetapi PKR dan DAP menggesa sidang DUN tergempar diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan undi tidak percaya dibuat terhadap Khalid. – 15 Ogos, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget