KL CHRONICLE: 30,831 Rumah Alami Gangguan Bekalan Air akan Diselesaikan Selepas Wan Azizah Menjadi MB

Thursday, August 21, 2014

30,831 Rumah Alami Gangguan Bekalan Air akan Diselesaikan Selepas Wan Azizah Menjadi MB


Pakatan Rakyat (PR) masih lagi belum bertemu jalan penyelesaian berhubung kontroversi penstrukturan industri air , meskipun ianya dikatakan antara punca Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin digugurkan sebagai menteri besar Selangor.




Khalid menulis surat kepada Sultan Selangor selepas perkembangan terbaru sejak beliau hilang keyakinan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) namun akan terus mentadbir negeri terkaya itu sehingga Sultan kembali ke tanah air minggu depan.

"Belum ada keputusan. Kita tidak tahu kandungan perjanjian (air) yang ditandatangani," kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua 

Ditanya tindakan selanjutnya, Pua berkata: "(Kita akan) tunggu hingga MB baharu (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) berjaya dilantik."

Penstrukturan air Selangor diputuskan pada 1 Ogos, selepas Perjanjian Dasar Induk (HOA) ditandatangani di antara negeri itu dan Putrajaya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dan Khalid menandatangani perjanjian berkenaan yang merangkumi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh dan penstrukturan terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani pada 26 Februari lalu.

PKR memecat keahlian Khalid pada 9 Ogos kerana ingkar arahan Majlis Presiden PR agar menangguhkan perbincangan berkenaan pembinaan Langat 2 dan melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam mengemaskini isu air di negeri berkenaan.

Beliau turut digugurkan selepas enggan berganjak daripada jawatan menteri besar dan enggan menangguhkan kenaikan kadar elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor seperti arahan Majlis Presiden PR.

Jawatankuasa Disiplin PKR berkata, Khalid juga gagal memberikan penjelasan memuaskan mengenai penyelesaian luar mahkamah hutangnya bernilai RM67 juta kepada Bank Islam.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget