KL CHRONICLE: #MBSelangor : Nik Aziz Sokong Kenyataan Haji Hadi, Bidas Mat Sabu

Sunday, July 27, 2014

#MBSelangor : Nik Aziz Sokong Kenyataan Haji Hadi, Bidas Mat Sabu

@khalid_ibrahim mendapat sokongan penuh PAS Selangor
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada terus "diserang" oleh Mat Sabu, PKR dan DAP apabila berpendirian kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor wajar dikekalkan.




Nik Aziz berkata, beliau pada mulanya enggan melayan isu menteri besar Selangor namun mengubah pandangannya apabila diasak supaya memberikan respon terhadap kenyataan Hadi kelmarin yang mempertahankan Khalid.

"Saya membaca kenyaaan tuan guru presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau.

"Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Khalid ingin digugurkan dari jawatan menteri besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 27 Julai, 2014.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

PUTRA CHUBADAK said...

Di Selangor amat pelik kedudukan MBnya. Parti sendiri tak sokong masih nak pegang jawatan MB, tak malu ke muka? Masih nak pegang jawatan MB kerana PAS sokong. Pulak?Belum dengar BABI (DAPig) bersuara lagi. PAS 15/DAP 15/PKR 14.Ngapa PAS tak jadi MB di Selangor? Kan dah layak (15+14 =29).Apa PAS takut ke? Cakap berdegar-degar (di pentas ceramah/masjid/surau bagai nak "pecah speaker".)Pas tahu, jika dia kerajaan di Sgor kena tutup kilang2 arak/kelab malam/rumah2 maksiat/outlet judi dsbnya. Lambang PAS "Telur bulat ditenggah bendera hijau" Tapi di Sgor " tak ada TELUR".

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget