KL CHRONICLE: @MAS keluarkan senarai penuh yang terkorban dalam nahas #MH17

Saturday, July 19, 2014

@MAS keluarkan senarai penuh yang terkorban dalam nahas #MH17


Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) secara rasmi mengeluarkan senarai penuh kewarganegaraan penumpang dan anak kapal yang terdapat di atas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.




Menurut senarai itu, warga Belanda paling ramai iaitu 192 orang termasuk seorang yang mempunyai dua kewarganegaraan Belanda dan Amerika Syarikat.

Sebelum ini diberitakan 100 darinya adalah peserta konvensyen Aids dan HIV yang bakal berlangsung di Melbourne.

Malaysia pula kehilangan 44 warganegara, termasuk 15 anak kapal dan dua bayi.

Ia dikuti oleh Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).

Menurut kenyataan itu, MAS bekerjasama rapat dengan kedutaan yang berkaitan bagi memaklumkan perkembangan terkini kepada waris terdekat mangsa.

"Fokus kami sekarang adalah bekerja dengan pihak yang menguruskan kerja kecemasan dan pihak berkuasa serta mengumpulkan pasukan sokongan untuk waris terdekat," kata kenyataan itu.

Pesawat MH17 Penerbangan Malaysia terhempas di kawasan bergolak timur Ukraine apabila dipercayai ditembak dengan peluru berpandu dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal di atasnya terbunuh. – 19 Julai, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget