KL CHRONICLE: Kini @rafiziramli pula masuk campur, gelar Dr. Zuhdi Pengkhianat

Tuesday, July 29, 2014

Kini @rafiziramli pula masuk campur, gelar Dr. Zuhdi Pengkhianat

Tindakan @rafiziramli bakal bawak perprcahan keecahan kepada PKR
Pengarah Strategi PKR dan dalang utama "Langkah Kajang" yang bakal membawa kepada perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat, Mohd Rafizi Ramli  hari ini pula menganggap kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.




Rafizi berkata, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai "perjanjian" yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi.

"Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari Perkasa dan Isma memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, walaupun PAS mendapat laba (keuntungan) besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PKR kecewa apabila Zuhdi sehingga kini langsung tidak menafikan atau memberi penjelasan sebenar tentang mesej itu.

"Selepas komunikasi WhatsApp dia bocor kepada umum, dia sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu, malah cuba memberi pelbagai alasan," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil tindakan disiplin terhadap Zuhdi kerana mengemukakan cadangan khianat kepada perjanjian yang dimeterai PAS dengan Pakatan dan rakyat yang mengundi mereka.

Beliau juga menyeru pemimpin PAS Pusat supaya menghentikan sikap berpura-pura di hadapan umum sehingga merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej "Islam membawa rahmat ke seluruh alam" yang dibawa PAS sendiri.

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan dalam perbincangan tertutup seperti Zuhdi ini," soalnya.

2 comments:

usin said...

Banyak la ko punya cadangan fizi oiii... Suruh pas ambik tindakan pd dr zuhdi. Yg ko bg idea kajang move sampai pkr jd kejang tu apa cerita? Konon idea pakar strategi, hancus mancus ada la. Nk campur urusan pas, pemilihan pkr yg haru birupun sampai sekarang tak sudah2.

Unknown said...

Mana mana melayu yg tak setuju dengan idea pkr akan di panggil pengkhianat , tapi kalau dap yg bersuara , pkr semua kecut telur

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget