KL CHRONICLE: Kini Mustafa Ali Bidas @RafiziRamli dan @Tonypua , Jamin Tidak Akan Ambil Tindakan Terhadap Dr. Zuhdi

Thursday, July 31, 2014

Kini Mustafa Ali Bidas @RafiziRamli dan @Tonypua , Jamin Tidak Akan Ambil Tindakan Terhadap Dr. Zuhdi

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.
PKR dan DAP jangan masuk campur urusan dalaman PAS
PAS tidak akan mengikut telunjuk “orang luar” parti seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua yang mendesak agar tindakan disiplin diambil terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mustafa Ali.



Setiausaha agung PAS itu berkata, tindakan ke atas ahlinya (jika ada) hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain.

"Saya tidak baca apa benda dia punya alasan. Kita tidak ambil tindakan daripada orang-orang luar cakap.

“Tindakan disiplin dibuat berdasarkan laporan dalam kalangan ahli PAS sendiri, dimana sehingga sekarang tiada laporan dibuat'' 

Menurut Utusan Malaysia, Mustafa menjelaskan beliau belum mengetahui punca sebenar PKR dan DAP meminta PAS bertindak terhadap Zuhdi.

Beliau akui kini timbul persoalan PAS meninggalkan PR yang turut dianggotai PKR dan DAP kerana pendirian rasmi parti dan pemimpin termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jelas, Tan Sri Khalid Ibrahim harus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. 

Pengarah Strategi PKR dan juga dalang utama "Langkah Kajang" Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada PR menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut dengan sikap bermuka-muka.

Menurut Rafizi, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Zuhdi dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin PAS itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam PR.

Rafizi meminta agar tindakan disiplin yang tegas diambil ke atas Zuhdi apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan PR dan rakyat yang mengundi parti itu serta gabungan pembangkang itu.

Selain Rafizi, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kenyataan Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat bukan Islam terhadap PAS.

Sementara Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".

Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget