KL CHRONICLE: @khalidSamad Kini diam, berlagak macam orang bisu

Wednesday, July 16, 2014

@khalidSamad Kini diam, berlagak macam orang bisu


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang telah dimurkai oleh Sultan Selangor nampaknya kini telah menjadi bisu tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai titah Sultan Selangor malam tadi.




Umum ketahui bahawa Khalid Samad memang tidak lekang dengan komen bodoh dan tidak masuk akal beliau semenjak menjadi ahli parlimen Shah Alam. Malah, jika kita masih ingat janji PAS pada tahun 2008 jika mereka berjaya mengawal Selangor kilang Carlsberg akan ditutup tetapi sekarang makin besar pula kilang arak tersebut. 

Sebenarnya saya amat terkejut dengan titah Sultan Selangor malam tadi kerana seingat saya tidak pernah lagi dalam sejarah sultan keluarkan titah dan murka dengan "specific" terhadap satu individu. Selalunya titah Sultan akan "berkias" dalam menegur barisan kepimpinan negeri dan negara namun kali ini agaknya Sultan Selangor sangat murka dengan Khalid Samad.

Selepas insiden ini, saya berharap Khalid Samad berubahlah menjadi insan yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sudah-sudahlah menjadi "spokesperson" kepada pihak yang hanya berminat untuk menjatuhkan orang Melayu dan Islam di negara ini. Insyallah.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget