KL CHRONICLE: Gambar Sekitar Program @mpkotabelud di Tanah Perkuburan Islam Batu 3

Saturday, July 26, 2014

Gambar Sekitar Program @mpkotabelud di Tanah Perkuburan Islam Batu 3


Dato' Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini telah berada di Tanah Perkuburan Islam Batu 3 Jalan Ipoh, di Segambut pagi ini untuk menyertai gotong royong tanah perkuburan, dan menyerahkan kanopi masyarakat di tanah-tanah perkuburan di Kuala Lumpur.



Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) di bawah kepimpinan @tengkuazman telah melaksanakan program ini sejak beberapa tahun lalu. Badan ini juga giat menjalankan pelbagai program kebajikan di sekitar pusat bandar. Syabas kepada SHEB atas pelaksanaan program-program berkaitan kesejahteraan bandar ini.

Datuk Abdul Rahman Dahlan juga telah menjelaskan kepada media mengenai kekeliruan berhubung penganjuran rumah terbuka Aidilfitri. Hanya rumah terbuka anjuran Kerajaan dibatalkan. Bagaimanapun, rumah terbuka oleh individu termasuk Menteri di kawasan masing-masing boleh diteruskan, tetapi secara sederhana untuk menghormati nahas MH17.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget