KL CHRONICLE: Datuk Tuan Ibrahim Bidas PKR, Nafi Setuju dengan Penukaran #MBSelangor

Sunday, July 27, 2014

Datuk Tuan Ibrahim Bidas PKR, Nafi Setuju dengan Penukaran #MBSelangor


PAS sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya ia memberi persetujuan kepada cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai yang didakwa oleh ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu.




Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS dan DAP hanya bersetuju untuk merujuk cadangan Anwar itu kepada pucuk pimpinan parti masing-masing dan tidak lebih daripada itu.

Komponen Pakatan Rakyat sepakat dan mencapai keputusan rasmi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan perikatan pada Rabu lalu dalam polemik pertukaran Menteri Besar Selangor seperti mana didakwa PKR.

Sebaliknya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PKR hanya menyatakan hasrat atau cadangan rasmi mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat itu.

” Kita menerima laporan dan hasrat PKR sahaja. Hasrat itu disampaikan dalam mesyuarat Pakatan dan parti (PAS) akan bawa hasrat itu ke majlis pimpinan,  bukan (kita) terima  dan tukar (Khalid).

“Kita terima keputusan mesyuarat PKR, mereka maklumkan (kepada kita) sebab PKR tak pernah maklumkan secara rasmi kepada Pakatan Rakyat,” kata beliau kepada antarapos.

“Jadi itu makluman rasmi dan semua parti kena bawa dalam mesyuarat pimpinan masing-masing,” tambah Tuan Ibrahim yang menghadiri mesyuarat itu dengan lima lagi pemimpin kanan PAS termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu.

Selepas mesyuarat tiga jam itu, Anwar mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS dan DAP menghormati jawatan MB Selangor adalah hak PKR.”

Kenyataan Anwar itu ditafsirkan sebagai kedua-dua parti itu bersetuju akur kepada hak PKR untuk mencalonkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

1 comment:

nodin said...

macaii pecacai angkat taik mesti ingat si beraim ni dah kena bayar dengan umbo bn

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget