KL CHRONICLE: BN cari pemimpin pelapis menerusi MANTAP 4

Saturday, July 12, 2014

BN cari pemimpin pelapis menerusi MANTAP 4


Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP 4) merupakan bukti Barisan Nasional (BN) proaktif dalam mencari pemimpin pelapis, kata Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Dr. Latiff Mohd.




Dr Latiff berkata program ini sudah kali keempat diadakan dan ia menangkis tanggapan sesetengah pihak bahawa BN tidak agresif mencari pemimpin pelapis.

“Program ini sudah kali keempat. Ada yang mengatakan BN tidak proaktif di dalam mendidik pemimpin tetapi sebenarnya ianya telah lama dilakukan. Mereka melihat pembangkang begitu agresif mencari pelapis pemimpin tetapi mereka tidak nampak bahawa BN telah lama melakukannya.

“Kali ini kita war-warkan dengan lebih meluas agar semua mahasiswa yang berminat boleh menyertainya dengan memohon melalui website kita," Dr Latiff dipetik sebagai berkata oleh UMNO-Online.

Katanya, tiga sesi program MANTAP sebelum ini dianjurkan oleh Biro IPT UMNO, namun kali ini ia diseliakan oleh BNBBC bagi membolehkan penglibatan semua parti komponen BN. 

“Melalui program ini kita akan memberi pendedahan kepada mahasiswa bagaimana seorang ahli parlimen ini menjalankan tugas di Dewan Rakyat,” katanya.

Program MANTAP 4 yang akan melibatkan seramai 134 mahasiswa tahun akhir dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Program ini akan berlangsung bermula 22 September hingga 7 November akan datang dan semua mahasiswa yang menyertainya akan diletakkan dibawah setiap ahli parlimen BN.

Mereka yang berminat bolehlah membuat permohonan bermula 15 Julai ini di laman web www.mantap4.com.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget