KL CHRONICLE: 10 sebab mengapa Argentina mampu menang Piala Dunia 2014

Sunday, July 13, 2014

10 sebab mengapa Argentina mampu menang Piala Dunia 2014

Leo Messi tongak utama Argentina

Argentina dilihat lebih berkelebihan untuk memenangi Piala Dunia 2014 berbanding Jerman disebabkan beberapa faktor dan penyebab.


10 Sebab Mengapa Argentina Mampu Menang Piala Dunia 2014




1. Lionel Messi



Terbukti Pemain Terbaik Dunia atau FIFA Ballon d’Or tahun 2010, 2011 dan 2012 ini merupakan tonggak utama pasukan Argentina yang kini meledak dengan empat gol dalam Piala Dunia kali ini.



Namun keupayaannya untuk menjaringkan gol kadang kala terbatas kerana pertahanan lawan begitu galak mengawalnya menyebabkan tugasan penjaring dilakukan oleh rakan segandingan beliau seperti Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero.



2. Pertahanan yang kental



‘Backfour’ Argentina yang diterajui oleh Martin Demechelis, Ezequiel Garay, Pablo Zabaleta dan Marcos Rojo begitu kental sehingga menyebabkan pengendali Argentina, Alejandro Sabella memilih keempat ‘musketeers’ Argentina ini sebagai benteng kukuh untuk setiap perlawanan.



Sehingga kini, pintu gol Argentina hanya bolos sebanyak tiga gol sahaja.



3. Faktor benua



Meski Brazil dibelasah teruk 7-1 oleh Jerman pada separuh akhir, Argentina sebagai wakil tunggal Amerika Selatan masih tetap dilihat sebagai ‘favourite’ untuk memenangi final bertemu Jerman.



Argentina

Pasukan Argentina (Sumber:AP)


Seluruh warga Amerika Selatan akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Argentina sebagai solidariti Amerika Selatan.



Sejarah Piala Dunia mencatatkan bahawa tiada satu pasukan Eropah yang berjaya di benua Amerika Selatan dan dijangkakan sejarah ini akan berterusan.



4. Sergio Romero



Selain kekentalan ‘backfour’ mereka, penjaga gawang kelab AS Monaco ini juga antara faktor yang mampu membawa Argentina menang Piala Dunia 2014.



Kekentalannya mengawal gawang dari pelbagai sudut membuatkan pemain lawan tertekan dengannya kerana gagal menembusi pintu gol.



Sehingga perlawanan akhir, Romero hanya melepaskan tiga gol iaitu ketika menentang Bosnia-Herzegovina dan Nigeria.



5. Semangat untuk membalas dendam



Pada 1990, Jerman berjaya membalas kembali kekalahan tewas di final 1986 kepada Argentina.



Ini ditambah dua kekalahan berturut-turut Argentina kepada Jerman pada peringkat suku akhir pada Piala Dunia 2006 dan 2010, menambahkan lagi semangat pasukan Argentina untuk mengembalikan semula maruah pasukan dengan menewaskan Jerman.



6. Sikap Jerman terlalu ‘overconfidence’



Jerman mungkin masih terbuai dengan kejayaan membelasah 7-1 keatas Brazil dan ini menambahkan lagi keyakinan untuk menundukkan Argentina dengan margin gol yang sama.



Walhal, Argentina yang sudah pun membaca permainan Jerman akan menyerap segala asakan keghairahan Jerman untuk mencari gol dan akan bertindak balas dengan gol daripada pihak mereka.



7. Pemain simpanan yang berkualiti



Argentina mempunyai pemain simpanan yang berkualiti lebih-lebih lagi apabila ada pemain yang tercedera.



Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Ezequiel Lavezzi dan Gonzalo Higuain yang dapat mengisi tempat perancang tengah Argentina, Angel Di Maria yang terlepas aksi perlawanan akhir kerana kecederaan lutut.



8. Rekod menang yang ‘perfect’



Meskipun Argentina tidak banyak melakukan jaringan dalam Piala Dunia ini, mereka tidak pernah sekalipun tewas mahupun mencicirkan mata penting.



road to final



Berbanding Jerman yang mencicirkan dua mata ketika seri dengan Ghana.



9. Jurulatih terbaik



Dari tahun 1986 selepas mereka kali terakhir memenangi Piala Dunia, Argentina sudah pun bertukar tujuh jurulatih.



Alejandro Sabella

Alejandro Sabella (Sumber: AP)


Jurulatih terkini, Alejandro Sabella dianggap sebagai jurulatih paling berjaya kerana berjaya membawa Argentina ke peringkat akhir selepas beberapa tahun mencuba dengan pelbagai jurulatih termasuk legenda Argentina, Diego Maradona.



10. Penyokong Argentina



Penyokong Argentina juga adalah salah satu faktor yang mampu bawa Argentina memenangi Piala Dunia disebabkan keriuhan yang mereka timbulkan dalam stadium mengatasi penyokong Jerman yang tidak berapa ramai di stadium.

SUMBER : Astro Awani


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget