KL CHRONICLE: Akhirnya @teresakok Akan Didakwa Esok Kerana Menghina Islam

Monday, May 5, 2014

Akhirnya @teresakok Akan Didakwa Esok Kerana Menghina Islam


Akhirnya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di bawah Akta Hasutan esok ekoran video jijik “Onederful Malaysia” yang menghina Muslim dan pemimpin negara.




Dia dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi, menurut satu kenyataan dari pejabatnya yang mengesahkan perkara ini.

Kok didakwa menghina Muslim, pasukan keselamatan, perdana menteri dan isterinya dalam video satira berbahasa Cina yang dimasukkan ke dalam YouTube 27 Januari lalu.

Walaupun Kok menjelaskan bukan niatnya untuk menghina sesiapa, pelbagai lebih daripada 300 laporan polis dibuat terhadapnya.

Satu rangkaian pertubuhan bukan kerajaan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Kok di samping upacara menyembelih ayam ke atas gambar beliau dan beberapa ahli pembangkang lain.

Peguam Kok, Sankara Nair dari PKR menghubunginya pagi ini bagi memaklumkan tentang dakwaan itu.

"Polis sangat baik dan meminta saya membawa Kok di mahkamah esok. Kok sekarang dalam perjalanan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

"Saya terkejut dia didakwa kerana ia hanya satu video lawak dan tid," katanya.

Kok adalah pemimpin politik terkini yang didakwa di bawah Akta Hasutan selepas mendiang Karpal Singh yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak dalam krisis perlembagaan 2009.

Beberapa pemimpin DAP yang lain pernah didakwa dan didapati bersalah di bawah undang-undang drakonian ini adalah mendiang Dr Ooi Kee Sai (1970) dan Fan Yew Teng (1975).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah didapati bersalah di bawah akta ini dan dipenjarakan 18 bulan pada tahun 1998. Beliau aktif semula dalam politik selepas itu.

Polis sebelum ini memaklumkan Kok yang juga naib pengerusi DAP disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kod Penal dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam klip video 11 minit itu, Kok bertindak sebagai hos dalam bual bicara pengamal feng shui yang bertanya, secara berjenaka, pelbagai isu termasuk sistem pendidikan, kenaikan harga barang dan isu keselamatan di Sabah.

Polis turut menyiasat Lim Chin Miau, salah seorang pelakon dalam video itu. – 5 Mei, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget