KL CHRONICLE: Tahniah @Razlanrafii & @MohdBadrulEzan Berjaya Anjur Program Anugerah Pelajar Cemerlang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 2014

Thursday, April 24, 2014

Tahniah @Razlanrafii & @MohdBadrulEzan Berjaya Anjur Program Anugerah Pelajar Cemerlang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 2014

Displaying photo1.jpg
Antara pelajar yang diraikan

Tahniah diucapkan pada Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara  Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Saudara Mohd Badrul Ezan Bin Mohd Yusof, Ketua Biro Pelajaran, Pendidikan Tinggi & Luar Negara kerana telah berjaya menganjurkan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan tahun 2014.


Displaying DSC_0101.JPG
Program dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan

Seramai hampir 500 orang pelajar dari seluruh kawasan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah berjaya dalam peperiksaan dianugerahkan dengan Sijil Penghargaan dan juga Sijil Simpanan Premium BSN. Ini adalah cara yang dirasakan sesuai oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan untuk menghargai segala usaha dan penat lelah anak-anak ini semasa menghadapi peperiksaan. 

Memandangkan program ini telah berjaya pada tahun ini, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan telah sepakat untuk menjadikan Program Anugerah pelajar cemerlang pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah ini sebagai satu acara tahunan bagi meraikan pelajar lepasan STPM, SPM, PMR dan UPSR.

Diharapkan dengan mengadakan program ini secara "annually", ia akan memberikan semangat yang lebih kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dan belajar dengan lebih tekun untuk mencapai kejayaan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air yang tercinta. Insyallah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget