KL CHRONICLE: @PDRMsia Nafi Tuduhan Melulu & Tidak Berasas @dapmalaysia @proframa

Wednesday, April 16, 2014

@PDRMsia Nafi Tuduhan Melulu & Tidak Berasas @dapmalaysia @proframa

The lies propagated by @dapmalaysia

Polis menafikan dakwaan seorang wanita tentang kematian suaminya di Hospital Seberang Jaya di sini Sabtu lalu berpunca daripada kecederaan yang dialaminya ketika berada dalam tahanan.



Wanita itu, A. Mageswary, 36, membuat dakwaan tersebut dalam sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy di pejabat wakil rakyat itu di Perai dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah (gambar) berkata, dakwaan Mageswary itu menimbulkan persoalan kerana wanita berkenaan tidak membuat laporan polis mengenainya.

Beliau berkata, mengikut rekod, suami wanita itu, M. Murugan, 37, telah ditahan pada 31 Mac lalu di rumahnya berkaitan kes dadah namun dibebaskan dengan jaminan selepas tujuh hari direman.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ketika berada dalam tahanan, dia telah diserang penyakit sawan.

“Polis telah menghantarnya ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan dan ketika itu kes suspek telah dirujuk kepada pendakwa raya sebelum diputuskan boleh diikat jamin," katanya.

Menurut Azman, pihaknya difahamkan keadaan suspek bertambah teruk selepas itu dan dia dihantar pula ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan lanjut.

“Sekiranya benar suspek mengalami kecederaan dan mempunyai kesan lebam seperti didakwa, waris seharusnya tampil membuat laporan polis supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan," katanya.

Ujar Azman, setakat ini polis belum menerima laporan perubatan atau bedah siasat kerana ketika meninggal dunia, lelaki berkenaan tidak berada dalam tahanan polis.

Terdahulu, Mageswary dalam sidang akhbar tersebut antara lain mendakwa berasa curiga kerana terdapat kesan lebam pada mayat suaminya dan mengesyaki berpunca daripada kecederaan yang dialami ketika ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT.

Sehubungan itu, wanita terbabit menuntut supaya polis memberi penjelasan terperinci mengenai kes berkenaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget