KL CHRONICLE: Kini @Chegubard Bidas Timbalan Presiden #PKR @AzminAli

Sunday, April 20, 2014

Kini @Chegubard Bidas Timbalan Presiden #PKR @AzminAli


Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR', saya amat tertarik untuk menulis komen.

Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan Keadilan 2014 kali ini.




Beliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat.

Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana-mana pakatan atau fraksi.

Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri.

Bukan sahaja anggota parti malah umum mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi, dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Namun, bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielakkan, khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.

Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto 'Masa Depan Bersama' dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'.

Namun mungkin kerana tertekan dengan pembentukan kumpulan yang membabitkan nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.

Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.

Jelas sekali kata-katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengisytiharkan diri bersama Saifuddin.

Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri daripada persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain.

Kumpulan terbentuk daripada perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti, tetapi pembentukan kumpulan boleh menjadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita-cita kuasa semata-mata, atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti.

Mungkin tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnya dia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali sebagai Keadilan Raya, akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang.

Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah, tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.

Maka muncul persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin, iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihan raya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calonyang diangkat di peringkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat dengan beliau atau kumpulan beliau ?

Tindakan mengutamakan kumpulan inilah yang sebenarnya menghancurkan parti malah mengecewakan cita-cita rakyat yang ingin melihat BN tumbang di Putrajaya.

Malah Negeri Sembilan sendiri ketika PRU lepas peluang untuk membebaskan Negeri Sembilan dari cengkaman Bn cukup baik namun ia digagalkan sebahagian besarnya kerana rundingan kerusi dan pemilihan calon yang gagal. – 19 April, 2014.

* Nama penuh penulis adalah Badrul Hisham Shahrin.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget