KL CHRONICLE: Jom ke Program Hari Bertemu Pelanggan @MyRapidKL @ShahrilMokhtar #myrapidkl

Wednesday, April 23, 2014

Jom ke Program Hari Bertemu Pelanggan @MyRapidKL @ShahrilMokhtar #myrapidkl


Tahniah diucapkan kepada syarikat PRASARANA Negara Berhad yang akan menganjurkan satu program "Hari Bertemu Pelanggan" pada 23 - 28 April 2014, bertempat di Stesen LRT KLCC dari 10 pagi hingga ke 4.00 petang.




Antara intipati program kali ini adalah pihak PRASARANA akan membuka kaunter khidmat pelanggan dimana para pengguna boleh berkongsi pengalaman dengan pihak PRASARANA tentang sistem perkhidmatan LRT Kelana Jaya Line.

Selain itu saya juga pasti pengguna akan diberikan peluang untuk melontarkan idea-idea baru untuk bagaimana memperbaiki sistem operasi LRT Kelana Jaya Line supaya menjadi lebih baik.

Saya tidak ingin bercerita lebih detail mengenai program ini kerana saya berharap para pembaca akan pergi melawat sendiri program ini dan memberikan pendapat anda.

Let's ensure Kuala Lumpur will have a world class rail transport system for the benefit of the Rakyat. Insyallah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget