KL CHRONICLE: @dapmalaysia Tidak Akan Menyokong #PAS, Kini Lobi 46 Ahli Parlimen Bukan Islam BN Tentang Hudud di Parlimen

Monday, April 14, 2014

@dapmalaysia Tidak Akan Menyokong #PAS, Kini Lobi 46 Ahli Parlimen Bukan Islam BN Tentang Hudud di Parlimen

@limlipeng mengetuai usaha melobi ahli parlimen bukan Islam

Kita semua tahu siapa yang menentang Islam. Sudah berkali-kali saya berkata di Malaysia hanya ada satu parti sahaja yang menentang Islam, iaitu DAP. Usul Hudud kali ini bukan dibawa oleh PAS, tetapi dibawa oleh Ahli Parlimen UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Persoalannya sekarang, untuk memastikan rang undang-undang ini diterima, ahli Parlimen PAS serta ahli Parlimen Islam dari PKR harus menyokong rang undang-undang ini. Adakah mereka berani menentang DAP dan sokong UMNO dalam hal agama Islam ini? Wallahualam.



Hasrat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk melobi 87 ahli Parlimen beragama Islam bagi menyokong usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan bakal mendapat tentangan DAP.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar), berkata setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).

"Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS.

"Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam bagi menyokong kami membantah rang undang-undang ini," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut, hari ini.

Usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang. - 14 April, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget