KL CHRONICLE: Sekali Lagi @mpkotabelud @GoTeamRD Bidas Kenyataan Kurang Cerdik @anwaribrahim #KLChronicle

Thursday, March 20, 2014

Sekali Lagi @mpkotabelud @GoTeamRD Bidas Kenyataan Kurang Cerdik @anwaribrahim #KLChronicle


Saya berada dalam Parlimen minggu lepas semasa Anwar Ibrahim membidas cara kerajaan menangani insiden MH370. Anwar membandingkan cara Allahyarham Tun Abdul Razak mengendalikan insiden Japanese Red Army dan cara Dato Sri Najib mengendalikan kes MH370 ini. Saya bangkit untuk mencelah perbahasan beliau mengenai perbandingan yang tak masuk akal itu. Hari ini saya ingin kongsi kan pandangan Dato Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia mengenai isu yang sama. Dato Fuad berkata: "Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.




Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun. 

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.

Soalaanya:

Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. 

Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.

Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya".

*end*

SUMBER : https://m.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/455025024629113

1 comment:

cannonkapit said...

Anwar buang masa berharga Dewan Rakyat.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget