KL CHRONICLE: January 2013

Thursday, January 31, 2013

KEPUTUSAN KAJIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) BAGI PRU - 13


Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.
Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya. Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA). Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008. Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato' Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu. Malah dari segi populariti diantara Dato' Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak. Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM. Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata. Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya. Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi - BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

BILA ANAK RAJA DIJADIKAN MODAL UNTUK MERAIH UNDI MELAYU


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.  Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.  

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu.  Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.  Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.  

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti.   Alasan kononnya atas faktor ketelusan.   Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.  

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.  Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.  

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.    

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid.   Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.   

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.  Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.  

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.  Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.  

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.  Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.   

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.  Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.  

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara.  Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.  

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?  

15 JAWAPAN TUN MAHATHIR KEPADA NIK AZIZ BERKAITAN ISU "KAFIR"


1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO. Allah Maha Kaya.

2. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini”. Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, “apa nama kerja ini”. Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

3. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan. 

4. Tetapi sebelumnya dia mendakwa “sokong PAS ertinya sokong Islam”. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – “Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah”.

5. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap “sokong PAS” baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

6. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

7. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

8. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

9. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

10. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

11. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

12. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

13. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

14. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

15. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Wednesday, January 30, 2013

If I’m Umno-BN, I would’ve neutralised DAP!


Honestly, many of my centrist friends and I are getting a little tired of you. We are fast becoming irritated and if pushed any further we may just work against you. In fact, a few of my friends are already skewing towards BN in the last few months. These were the people who voted against BN in the last general election because they were irritated by them. Now they are finding you as the irritating one.
Anas Zubedy, FMT
It is getting a little annoying…each time I write something positive about Umno-BN or something negative about PR or its component parties, instead of judging my ideas based on their merits, scores of supporters of the opposition are quick to suggest that I’m a BN or Umno member or agent.  That I was being paid to speak on their behalf or simply that I’m a crony getting business from the government.
This was especially true and gained momentum after I wrote an open letter to YB Lim Guan Eng suggesting ideas on how DAP can increase Malay support by empathising and understanding them better, deeply considering their concerns.
In that letter, I also suggested that YB Lim Kit Siang should graciously retire from politics. This letter attracted hundreds of immediate reactions and many more thereafter from the opposition camp. It also brings forth the wrath from hard core (and may I say unthinking) DAP supporters.
Another example is my disagreement with Haris Ibrahim’s attitude towards change, his ABU approach. Even Haris Ibrahim, a person whom I see as a genuine change agent  (although I do not agree with the route he chose to better Malaysian politics) cannot help but suggest in his note to me published in his blog, “As I share the views of many that you are in some way tied with the powers that be…”.
So let me make myself clear. I am not from BN or Umno, although I will be quick to support and promote any initiatives by them (or the opposition) which I consider good for the country. I do not get business from any political contacts. In fact, I’ve have made sure my company stands above board and does not seek government contracts, although in business there is nothing wrong with that!
To illustrate further, let me put it this way. If I’m a BN or Umno member, I would first and foremost have worked towards the demise of DAP and the end of Lim Kit Siang’s political power from the late eighties.
Let me explain. I was a student at UM’s Faculty of Economics majoring in Public Administration (a coursework that covers many political and government related subjects). I was privileged to have a good academic as a lecturer, a pro DAP scholar; Associate Professor Michael Ong whom I believe is a close friend of Lim Kit Siang.
I borrowed many books and asked many questions from the good Professor. (His copy of ‘Time Bombs In Malaysia’ a best seller in the late 70s and early 80s, for example was a personal gift from the book’s author, Lim Kit Siang). The 7th General Elections 1986 smacked right in the middle of my university life. I discovered three important things about the DAP from these experiences.
1. Lim Kit Siang was a capable opposition leader. His speeches and opinions in parliament were well researched. He puts in a lot of hard work, thinking and effort to represent the opposition team and the ‘other’ Malaysia, rightly or wrongly. The salary that we the rakyat paid him as an opposition leader was well worth it. (Unfortunately, I cannot say the same about the current opposition leader).
2. While they may have improved markedly, the DAP’s election machinery then (in 1986 election) was shameful, disorganised, and in many places non-existent. Umno on the other hand had the most efficient, effective and dynamic election machinery and operations in the country. (I used to suggest during my talks, if the Malays can run their businesses the way Umno managed elections, we can do away with the NEP!)
3. The number of members in DAP is negligible – not even 10,000 then. DAP’s performance during elections are mostly based on the pendulum swings of Chinese voters who are very sensitive to the state of economic health of the nation. Even today, I do not think DAP has more than 100,000 members, perhaps at most 60,000.
The second and third points above brought me to a simple common sense conclusion – even for a 22 year old undergraduate. It is easy for Umno and BN to kill off DAP and Lim Kit Siang’s power base. Infiltrate them with thousands of hard core Malay members from Umno, change the flavour of the DAP and vote Lim Kit Siang out or dilute his power within his own power base. You cannot do that with MCA and MIC, as they are raced based parties. But the DAP is open to all and as such, the majority race (the Malays) can easily take advantage.
Even today! With less than 100,000 members, it is not too difficult a task to neutralise DAP and the Lims. In fact, even PAS with a million members can ‘donate’ 100,000 members and make DAP ‘Islamic’ with the same formula. Anwar Ibrahim’s ABIM gang alone could do the job rather efficiently if they wanted to. And remember, Umno has 3 million members!
Now, why Umno-BN has not done that is a billion ringgit question. As I have suggested I’m not from the coalition, so I can only theorise. Perhaps they practice fair play. Or, the strategists in Umno/BN believe that it is good to have a little manageable competition that is disorganised, inefficient, ineffective and non-threatening. This is perhaps a good way to ensure their own team does not get complacent – like big Brands in FMCG (like Milo) allowing smaller brands to exist (like Vico). Or perhaps, they never thought about it or, nobody was keen on the project. What do you think?

So, where am I getting at?

1. If I’m from Umno or BN all these while, I would have at the point of graduation joined Umno and be the architect who destroyed DAP and the Lims. I would have earned my stripes and gained a really handsome position.  I graduated in 1988. I was a project person. By the second year I was already teaching the juniors how to manage successful projects and sat on boards of advisors with the professors and university officials.
I had the experience of running the biggest and perhaps one of the most successful projects ever seen at Universiti Malaya. At the height of the project, I had almost 1000 people running the show reporting to my team of 50 capable, hardworking, united core team organisers – I was then only 21 years old.
I’m confident (and knew then) that if upon graduation I joined such a well-greased organisation like Umno that has already have in place concrete people, structure and processes, I would have been able to neutralise DAP and Lim Kit Siang by mid 90s. Perhaps, many would not have heard of Lim Guan Eng as he would be insignificant within his own party.
To date, those who tried to challenge the Lims are fellow Chinese who is dependent on the same limited support base as they – hard core Chinese. None so far who joined the DAP with their own power base. It is difficult to win an incumbent on their own turf; you need to create a new playing ground, new rules, new people, new thinking.
2. I would like to humbly suggest that pro opposition supporters and key opinion makers to have a little more respect towards centrists like me and my friends. Understand that sometimes we are with you; sometimes we are with BN and many times we provide a third alternative (for example our middle path position towards peaceful demonstrations that was finally practiced by the organisers of #KL112 and the people in power).
Understand that such position is all right and natural. You do not have the monopoly of truth and good. None does. Not you, not BN. Stop believing that you are holier than the rest of us and quit being arrogant. Stop spewing “Shame on you” and “if you are not with us then you are against us” mantras, leaving no room for a centrist position, no chance to just be a non-partisan rakyat.
Please remember that we who are not from any political parties will likely form the biggest voting bloc. Even in America, the two-party system example that you so readily flaunt, the independents represent the largest bloc, 40% in 2012. Democrats only had 31% while Republicans, 27%.
3. When we provide a feedback, and especially if the feedback suggests that the current government’s action or idea is the better one; stop, think, reflect, and listen. Your supporters and cohorts will likely go against them blindly. BN supporters will likely follow them without much thought too. We, the non-partisans are the best check and balance.
End your childish attacks, rough language, holier than thou statements, and accusations that we are being bought over simply because you are afraid that your unthinking blind supporters may just start to THINK. We are not here to neuter your position or the position of your opponent. We are here to tell out the truth, as we see it. Your behaviour is beginning to be a little annoying.  This takes me to the fourth and final point.
4. Honestly, many of my centrist friends and I are getting a little tired of you. We are fast becoming irritated and if pushed any further we may just work against you. In fact, a few of my friends are already skewing towards BN in the last few months. These were the people who voted against BN in the last general election because they were irritated by them. Now they are finding you as the irritating one.
When the BN lost its 2/3rd majority and 5-state governments, these group of voters exclaimed, “Padan muka” to BN. Don’t ever think that they will not do the same to you if you too act with arrogance and are annoying. With the combined votes of BN supporters and the independents, Malaysia will go back to the days where BN not only has a 2/3rd majority, but a very comfortable one. And if that happens, the results of GE12 may just be a one-time wonder.
Last but not least…how you react to this article will show if you understand the stakes at hand, can be helped to change, or simply incorrigible.

Account @rafiziramli Kena Hack? #Puitt Tipu Lah !! #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah



Come on Rafizi.

Janganlah takut kerana benar dan berani kerana salah.

Apa ni, baru terdengar khabar berita Menteri Pertahanan, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi akan kemukakan saman fitnah ke atas Rafizi Ramli Lembu, dengan pantas Rafizi pun keluarkan kenyataan yang STANDARD digunakan oleh pencacai Pakatan yang mendokong perjuangan LGBT ni.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salah guna dana Angkatan Tentera Malaysia," - Rafizi Lembu

Hebat betul Rafizi berani lawan kes dengan Zahid Hamidi di mahkamah. Dalam hal ini berkemungkinan Rafizi akan menggunakan kenyataan bahawa segala apa yang dikeluarkan sebelum ini merupakan fitnah dan kenyataan di Facebook dan mungkin di Twitter bukanlah datang daripada dirinya.

Wahhh terlalu mudah bagi Rafizi untuk melawan kes tersebut dengan Zahid Hamidi.

Tuesday, January 29, 2013

USTAZ NASHA SAH DIGUGURKAN DARI SENARAI CALON PRU - 13, TAPI BUKAN ISLAM AKAN BERTANDING DIBAWAH PAS


Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar).
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat,” katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
“Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya,” katanya.
Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.
Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. — Bernama

GAMBAR USTAZ NASHA YANG PENYOKONG PAS TAK BERANI NAK TENGOK !


Monday, January 28, 2013

DID THE SACKING OF NASHARUDIN MAT ISA WAS CAUSED BY HIS GAZA TRIP WITH @Najibrazak ?

Yesterday, the PAS Syura Council had sacked former party deputy president Nasharudin Mat Isa on a flimsy charge of not attending the Syura council meeting.

However, taking into consideration the timing of his sacking, 3 days after coming back from Gaza with the Prime Minister, one can only assume that this was the actual reason Ustaz Nasha was removed from his powerful position in the Syura Council.

This fact was also echoed by the Prime Minister when he said :

"The timing of his (Nasha's) dismissal after he returned to the country from Gaza gives the perception that they are related,"

The PM also said Nasharudin did not criticise any party during the trip, and the PAS member joined the trip because he is a believer of Muslim unity.

"It seems that actions have been taken against him although he has earnest intention,"

In addition, below was the response from Ustaz Nasha himself which proves that PAS was lying to the press and was not being entirely honest in this case.

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak.

Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.

Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TUN MAHATHIR : PENGUATKUASAAN SECARA AUTOMATIK (AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM)


1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.

2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.

3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalanraya.

4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.

5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.

6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.

7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6000 setahun, mesti ditentang.
8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?

9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.

10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini?

KINI USTAZ NASHA PULA DIPECAT DARI MAJLIS SYURA


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan oleh Majlis Syura PAS dan perkara ini disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini.

Nasharuddin (gambar) baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Nik Zawawi juga dalam laporan itu memetik ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan lawatan Nasharuddin bersama Najib ke Gaza bagi tujuan kemanusiaan, sebaliknya Setiausaha Majlis Syura itu berkata ia adalah tindakan peribadi Nasharuddin.

"Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menghubungi Nasharuddin, yang merupakan ahli parlimen Bachok.

"Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. 

Sunday, January 27, 2013

TERKINI ! KENYATAAN MAAF @rafiziramli KEPADA DATO SERI ZAHID HAMIDI! PRESS CONFERENCE DITETAPKAN ESOK !

Rafizi Ramli

After a lengthy discussion with my lawyer and our beloved party President Datin Seri Wan Azizah, I hereby would like to share my deepest remorse for accusing Dato' Seri Zahid Hamidi of abusing his power by using the funds amounting to RM130 million belonging to the military personel to buy the 200 acres land and to purchase 80% of Astacanggih shares in order to ensure that Deepak remains silent as alleged in the article in my blog dated 29/12/12 titled 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'.

With much regret for my actions, I would again like to apologise and retract the slander and false statement made in the said article. I would also like to apologise to all the military personel and my fellow comrades for the mistake. I will hold a press conference with regards to this matter tomorrow at PKR Headquarter at 2:30 pm - RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 27/01/2013
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BILA @RajaNongChik BUAT KERJA DAN @N_Izzah BUAT FITNAH



Sebanyak 584 pemohon termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan bapa tunggal menerima surat tawaran bagi penempatan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyerahan kunci akan dilakukan pada 1 Februari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, 1,069 surat tawaran telah dikeluarkan kepada pemohon yang layak dengan hanya 584 daripada mereka memberi maklum balas kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"PPR Bukit Jalil mempunyai 12 blok dengan 3,792 unit rumah dan empat unit rumah daripada setiap blok dikhaskan kepada golongan OKU," katanya.

Tambah Raja Nong Chik, selain infrastruktur kepada golongan OKU, PPR tersebut turut dilengkapi pejabat pengurusan, tadika, surau dan lot kedai.

Mengulas mengenai pemohon yang menolak tawaran, ujar beliau, individu terbabit tidak akan diberi keutamaan sekiranya membuat permohonan semula selepas ini.

"Saya memahami ada sebahagian menolak dengan pelbagai alasan kononnya kedudukan PPR yang agak jauh dan sebagainya.

"Namun, peluang ini tidak akan datang lagi untuk mereka yang menolak kerana DBKL mempunyai lebih 40,000 pemohon berdaftar yang menunggu giliran," katanya.

Tunku Aziz dakwa @anthonyloke cuba pancing anakanda Tuanku Muhriz wakili DAP dalam pilihan raya

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa Pengerusi DAP negeri Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum.

Tunku Abdul Aziz berkata Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin ke majlis itu untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.

"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini. 

"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya dalam satu ceramah di sini malam tadi.

Tunku Abdul Aziz berkata beliau bagaimanapun telah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak baginda.

Tunku Abdul Aziz berkata Loke, yang juga Anggota Parlimen Rasah, tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus meminta beliau memujuk Tunku Zain

Al-'Abidin untuk bertanding mewakili DAP, dan kali ini di kerusi Parlimen serta berjanji akan menawarkan jawatan menteri kabinet kepada baginda jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz berkata beliau tidak menyampaikan hasrat Loke itu kepada Tunku Zain Al-Abidin kerana berpendapat ia sesuatu yang tidak masuk akal.

Katanya, perkara ini jelas menunjukkan DAP adalah parti yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menguasai Putrajaya sehingga ke tahap 'memancing' anakanda pemerintah utama Negeri Sembilan untuk bertanding dalam pilihan raya mewakili parti itu.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu kalimah 'Allah' digunakan dalam Bible sebagai tidak sensitif dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah 'batu api'.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, January 26, 2013

[TERKIN] KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD



 
KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
mengenai
AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE
LINK/LINX SDN BHD
25 JANUARI 2013


1.    Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat tersebut.

2.     Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

ALHAMDULILLAH PAS BAKAL TURUNKAN CALON BUKAN ISLAM PADA PRU - 13 #1Malaysia

PAS will field non-Muslim candidates from the Non-Muslim PAS Supporters Congress (DHPP) in the 13th general election following approval of the party's Syura Council, said information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 

"This is the first time in our history we will be nominating DHPP members. They will contest in PAS seats," he told reporters when met at the Kuala Ibai PAS Office, here today. 

Launched on May 23, 2010, the DHPP, which was upgraded from the five-year-old PAS Supporters Club, has 35,000 members nationwide. 

PAS made history in 12th general election when it fielded a first ever Indian candidate, Kumutha Raman, a law graduate, to contest the Ulu Tiram state seat in Johor. 

Tuan Ibrahim said non-Muslim candidates should accept the PAS' concept and struggle besides having good morals and behaviour. — Bernama
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 25, 2013

ANTARA BUKTI MENGAPA ORANG CINA LEBIH SUKA @anwaribrahim JADI PERDANA MENTERI


Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.  Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.  

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi.  Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.  

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka.  Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.  

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.   

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman.  Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.  

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya.  Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat.  

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.  

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.  

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu.  PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP.  Itu saja.  

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.  

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam.   Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka.   Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.  

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.  

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.   

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya.  Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.  

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu. 

APA KE BANGANG HARAKAH DAILY NAFI PERTAHAN KALIMAH ALLAH !


Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.   

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP.   Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.  Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan. 

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian.    Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali. 

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya. 

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”.   Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.   

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.  

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya?   Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan?   Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP? 

Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS.  Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP.    Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.  

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN)  sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO. 

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain. 

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita. 

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.  

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.  

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah. 

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?


Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, @NajibRazak Bakal Damaikan Fatah-Hamas


Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati.  Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.  

Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.  Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.  

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada.   Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012.   Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.  

Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan.  Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.  

Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah.  Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.  

Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004.  Punca konflik ini juga begitu ‘klasik’ atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan.  Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.  

Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.  

Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya.  Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama.  Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.  

Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.  

Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu.  Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.  

Ini kerana, Dato’ Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai.   Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.  

Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur.  Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.     

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis ‘serangan’ pihak yang tidak bertanggungjawab itu.  Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan. 

SISTEM KEHAKIMAN NEGARA HANYA 'WAYANG KULIT' ATAU...??



Setiap yang bersalah pasti akan dijatuhkan hukuman, tidak kiralah berat atau pun tidak. Ianya bergantung dengan kesalahan yang disabitkan ke atas perilaku. Ada kesalahan yang diheret ke mahkamah mengambil masa yang agak lama kerana untuk mencari bukti-bukti yang sahih untuk dijatuhkan hukuman. Ada juga yang akan menyelesaikan sesebuah kes diluar mahkamah kerana tidak mahu ianya berleretan sampai tak ada kesudahannya. Penat naik turun itu adalah perkara biasa dalam sistem kehakiman di seluruh dunia.

Adakah sistem kehakiman negara ini masih relevan? Apakah peguam dan hakim yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas mereka dengan sempurna atau hanya kerana BAYARAN sahaja?

Memang GR bukannya pandai untuk bercakap mengenai hal undang-undang sebab bukannya Lawyer atau Majistret. Tapi apa yang dilihat sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kemusykilan yang menjadi tanda tanya. 'Orang yang tidak bersalah' yang disabitkan kesalahan. Jika diikutkan dari asalnya dan secara logiknya pihak terbabit hanya memaklumkan sahaja apa yang si perilaku lakukan. Ianya untuk memberitahu kepada masyarakat sebab itulah tugas media.

Perkara yang GR maksudkan ialah Anwar Ibrahim yang baru-baru ini dikatakan Menang Saman Ke Atas Utusan. Bukannya GR mahu mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi adakah sumber bukti yang diperolehi diperhalusi dengan adil sekali. Mahkamah adalah tempat untuk menyelesaikan sesebuah kes dan mendapat keadilan. Semua pihak yang terbabit dalam kehakiman perlulah bersikap adil dan bukannya merupakan mereka yang dari kalangan PRO kepada sesebuah pihak.


Sudah menjadi lumrah Anwar Ibrahim akan mengatakan kemenangan beliau ini adalah dorongan rakyat dan ini semua adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan beliau. Tidak perlulah GR huraikan sekali lagi apa yang beliau buat selama ini hanya untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan juga Kerajaan BN. Jika dulu pada tahun sekitar 1998 negara dikejutkan dengan pemecatan Anwar dan rakyat ramai tidak menyangka. Apabila perbicaraan dibuat, kita amati beliau dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan beliau. Bukti yang diberikan adalah jelas.

Selepas beberapa tahun pada 901 pula kes beliau meliwat Saiful Bukhari mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Kenapa Anwar perlu mengambil masa yang lama untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika perbicaraan. Ada saja helahnya. Mungkin apa yang GR katakan ini ramai pembaca yang berkata mengarut dan artikel ini bodoh. Tapi fikirlah dan hayatilah semula jika benar kita tak bersalah kita tak perlu takut dan menunding jari kesalahan kita itu atas sebab orang lain.

Dalam kes Utusan Malaysia ini, akhbar ini hanya melaporkan apa yang terkandung dalam video ini :



Pembaca lihat video di atas yang hanya dilaporkan oleh Utusan Malaysia apa yang dikatakan oleh Anwar. Apa pendapat korang bila tengok video ini dan fahami apa yang dikatakan oleh Anwar. Anwar, hang pun mesti tau kan? Menang kes atas sebab memusing fakta?

Untuk pengetahuan semua, portal menipu rakyat Malaysiakini juga melaporkan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak didakwa? Isinya sama tidak ada bezanya tapi pihak lain yang jadi mangsa. Jika Anwar bersikap profesional dan adil dakwa siapa saja yang melaporkan isu LGBT ini. Mahu jadi Perdana Menteri tapi burukkan Malaysia di negara luar. Contoh yang baikkah macam nie??

Maklumat yang GR terima hasil bertanyakan sumber dalaman di kehakiman negara memberitahu hakim yang dipertanggungjawabkan mengadili kes Anwar dan Utusan ini iaitu Hakim Datuk VT Singham adalah 'Orang Anwar'Lebih senang kita panggil memihak kepada pembangkang (pro pembangkang).

Beliau juga seorang yang masih belum berkahwin lagi walaupun dah nak pencen. 'Bayaran' yang beliau terima dari Anwar agak lumayan untuk memutarbelitkan fakta sebenar dan memihak kepada Anwar? Ada juga sumber di mahkamah memberitahu GR....hakim ini Gay. Itu tidak pasti tapi jika benar ini boleh memalukan sistem kehakiman negara ini.

Pada pihak yang terlibat dalam Sistem Kehakiman ini baik dari Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang terlibat, haruslah mengkaji semula Sistem Kehakiman yang ada sekarang. Terlalu banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jika tidak dibendung boleh menjatuhkan imej negara. Lama kelamaan orang masuk mahkamah boleh rileks kacang sebab tak ada apa-apa. Bayar saja boleh lepas dan selesai. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Pertahankan Hak Atau Batil??

sumber: GOSSIP RAKYAT

Thursday, January 24, 2013

USTAZ NASHA DIPANGGIL DURI DALAM DAGING OLEH BLOGGER PAS



Ustaz Nasha yang juga ahli Majlis Syura Pas menjadi pegawai pengiring kepada YAB PM. 

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, 
Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh 
akibat dibom oleh Israel.

Melihat gambar orang kuat PAS yang berada disisi Perdana Menteri DS Najib Razak 
membuatkan golongan Pro-Anwarinas bagaikan cacing kepanasan... sudah pasti rancangan 
untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa daripada parti itu akan 
menjadi kenyataan nanti....

Dibawah ugutan dari blogger Pro-Anwarinas yang mahu Ustaz Nasha di pecat dari 
parti PAS dengan segera kerana risau ianya akan memberi implikasi besar sebelum pilihanraya.

Petikan dari blogger hamPAS wasukalu.com 

Terdahulu Nasharudin tampil mengeluarkan kenyataan agar parti itu mengkaji semula 
kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas mendakwa DAP secara konsisten menentang
 pelaksanaan undang-undang Islam yang dicadang PAS.

Sejak isu tersebut tercetus, mereka tidak henti-henti berusaha dengan memberi
 pelbagai tekanan kepada golongan ulama yang menggangotai masjlis syura untuk 
memecat Nasharudin.

Bagaimanapun tekanan berkenaan tidak berhasil biar pun mereka dikatakan meminta 
bantuan seorang pemimpin kanan PKR bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS.

Ustaz Nasha juga hampir dipecat gara-gara mengiringi DS Najib ke Mekah.

Kali ini kita tunggu dan lihat... apakah nasib yang akan berlaku selepas Ustaz Nasha 
pulang ke Malaysia nanti...

SUMBER : REZQEEN HILL

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget