Akhir-akhir ini, umat Islam di Malaysia sering diasak dari
berbagai arah. Semakin hari asakan itu semakin hebat. Bermula dari sekecil-kecil provokasi
di laman sosial peribadi sehinggalah ke persembahan di youtube dan kemudiannya
ke peringkat antarabangsa, melalui tuntutan COMANGO.
Tuntutan COMANGO dilihat sebagai cabaran paling hebat kerana ia
merangkumi undang-undang atau ‘cara hidup’ kita sebagai umat Islam. Antaranya, ialah ia mencabar
undang-undang yang tidak membenarkan seorang Islam murtad, menggesa kita
menerima seks songsang sebagai hak asasi manusia dan juga menghapuskan hak
istimewa bumiputera.
Entah kenapa, kehidupan kita selama ini yang aman makmur dan
berperaturan menjadi masalah bagi sesetengah sesetengah pihak. Pihak ini ingin melihat Malaysia
‘lebih terbuka’ katanya, dan segala undang-undang ini hanya membantutkan
kemajuan kita.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana penerimaan seks songsang dapat
membantu kita menjadi maju.
Sebagai respon, sekumpulan peguam Islam telah bertindak menghantar
wakil untuk mempertahankan undang-undang ini bagi pihak Malaysia, di PBB.
Sebagai parti pembangkang yang memakai nama Islam, PAS juga turut
sama mengecam COMANGO dan menyokong peguam Islam tersebut.
Bagaimanapun, dari satu sudut, tindakan PAS ini dilihat sebagai
tidak konsisten serta tersasar dari perjuangan parti pembangkang itu sendiri. PAS seolah-olah lupa atau tidak
sedar bahawa sekutunya iaitu PKR dan DAP turut memperjuangkan perkara yang sama
dengan COMANGO.
Malah, PAS juga pada suatu ketika turut menjadi burung kakak tua
mengajuk PKR dan DAP, terutama dalam isu ‘hak istimewa bumiputera’. Menurut PAS, dasar membela bumiputera
atau Melayu adalah bersifat assobiyah, tidak adil dan perkauman serta wajib
ditolak.
PAS juga telah memilih untuk berdiam diri ketika isu murtad
menjadi hangat di sini, dan PAS sehingga ke hari ini terus terbuka menerima
seorang pelaku seks songsang sebagai Ketua Pakatan Rakyat.
Justeru, kita lihat tentangan dan kecaman PAS terhadap COMANGO
hanyalah hipokrasi di tahap tertinggi.
Sekiranya benar PAS menentang apa yang dituntut COMANGO, maka
mereka seharusnya menentang DAP dan PKR terlebih dahulu. Tiada makna PAS menentang COMANGO jika
di masa yang sama bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk
berkuasa. Tidakkah PAS tahu bahawa sekiranya PR memerintah, DAP dan
PKR akan memastikan segala tuntutan COMANGO dilaksanakan juga?
Hakikatnya, kewujudan COMANGO iaitu NGO-NGO yang menentang
undang-undang yang berlandaskan Islam serta mempertahankan bumiputera adalah
bertitik tolak dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR juga. Kelantangan pihak ini akhir-akhir ini
adalah berkaitan dengan sikap PAS yang gemar berdolak dalih dan tidak konsisten
serta tidak bersungguh-sungguh menentang mereka. Sedar atau tidak, PAS secara tak
langsung, telah beberapa kali membayangkan yang parti itu berdiri teguh di
belakang NGO-NGO yang membentuk COMANGO itu.
Ini kerana personaliti-personaliti yang membentuk COMANGO adalah
juga personaliti yang menerajui SUARAM, BERSIH dan beberapa NGO lagi yang
terkenal sebagai ‘tangan’ PR untuk menekan kerajaan. PAS tidak mungkin dapat menafikan
bahawa parti itu menjadi penyokong kalau pun tidak bekerjasama dengan NGO-NGO
ini untuk menentang BN dan UMNO dalam isu-isu tertentu.
Dari situ, kita lihat kaitan NGO yang membentuk COMANGO dengan PKR
atau DAP dan juga PAS sudah tidak dapat disangkal lagi.
Justeru, sebagai sekutu kepada PKR dan DAP dan bergerak pula di
bawah satu pakatan, iaitu Pakatan Rakyat, maka PAS sebenarnya sedang bersubahat
dengan COMANGO. Tindakan
PAS menafi dan berpura-pura menentang COMANGO hanya menyerlahkan sifat munafik
parti itu.
Sudahlah bersubahat dengan penentang Islam, PAS mengambil
pendekatan munafik pula. Apakah
layak PAS terus mendabik dada sebagai parti Islam?
Mungkin sudah sampai masanya untuk PAS menurut sahaja saranan
Karpal Singh iaitu membuang nama Islam dari parti dan bergerak secara jujur
sebagai rakan subahat kepada kafir harbi dan LGBT.
No comments:
Post a Comment