KL CHRONICLE: Pasca #PRU13 : Kini Harun Taib & @Nikabduh Bidas Sikap Gopoh @anwaribrahim #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13

Tuesday, May 21, 2013

Pasca #PRU13 : Kini Harun Taib & @Nikabduh Bidas Sikap Gopoh @anwaribrahim #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13


Ternyata tindakan menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya baru-baru ini tidak didokong sepenuhnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
 
Datuk Harun Taib berkata, walaupun beliau tidak membantah penganjuran himpunan tersebut namun Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu berkata beliau tidak berminat untuk menyertai acara seumpama itu.

 
Beliau yang dihubungi Antarapos hari ini berkata, secara peribadinya, beliau tidak faham mengapa himpunan itu diadakan hanya semata-mata mahu membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), awal Mei lalu.
 
"Saya tidak membangkang apa-apa yang nak buat tapi saya tidak berminat untuk berbuat demikian.
 
"Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya)," katanya kepada Antarapos.
 
Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mei lalu menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya.
 
Himpunan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk dikecam banyak pihak selain tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
 
Selain Harun Taib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ni Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak himpunan itu.
 
Beliau dalam laman Facebooknya berkata himpunan itu adalah tindakan 'gopoh' dan tidak membawa manfaat kepada rakyat.
 
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
 
"Itu adalah gopoh.
 
"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.
 
Selari dengan pendirian Nik Abduh, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob juga memilih jalan demokrasi sebagai kaedah terbaik untuk menukar kerajaan.
 
Justeru beliau juga menolak tindakan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan seumpama itu untuk mendesak dan membantah keputusan PRU13.
 
Pada PRU13, Pakatan Rakyat menerima tamparan hebat apabila tewas kepada Barisan Nasional (BN) apabila hanya memperolehi 89 kerusi berbanding BN, yang memenangi 133 kerusi.
 
Anwar seperti dijangka bingkas menuding jari kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) kononnya agensi itu merelakan proses pilihan raya yang tidak telus dan tidak adil.
 
Hakikat pahit yang perlu ditelan Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat ialah pimpinan kanan PKR sendiri tidak bersetuju himpunan itu diadakan termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
 
Beliau menyifatkan rakyat sudah letih dengan politik melampau yang disuakan kepada mereka.

SUMBER : AntaraPos

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget