KL CHRONICLE: GAMBAR SEKITAR PERASMIAN BIlIK GERAKAN ZON 4 PARLIMEN SEPUTEH OLEH DATUK MUSTAPA KAMAL @razlanrafii #1Malaysia #TolakPR

Thursday, February 21, 2013

GAMBAR SEKITAR PERASMIAN BIlIK GERAKAN ZON 4 PARLIMEN SEPUTEH OLEH DATUK MUSTAPA KAMAL @razlanrafii #1Malaysia #TolakPR

Alhamdulillah sebentar tadi telah selesai Majlis Perasmian Bilik Gerakan Zon 4 Parlimen Seputeh pada 20hb Februari 2013 jam 9 malam yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof Ketua UMNO Bahagian Seputeh.

Hampir 200 orang hadir di majlis ini untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang. Penulis melihat perkara ini satu perkembangan yang positif kerana seperti mana yang kita ketahui Parlimen P.122 Seputeh adalah kawasan majoriti rakan-rakan berbangsa Cina dan MCA akan meletakkan calon mereka disini jadi sokongan orang Melayu sangat diperlukan oleh kedua-dua parti iaitu DAP dan MCA.

Memetik ucapan Datuk ketua Bahagian, beliau menyuruh jentera Pilihanraya untuk bekerja dengan Amanah dan Ikhlas, sentiasa menjaga adab, tatasusila dan bersopan santun sepanjang tempoh kempen. Sebarang provokasi atau pun keganasan tidak dibenarkan sama sekali dan pesalah akan dilaporkan terus kepada Polis.

Alhamdulillah, selepas selesai majlis ada sedikit bacaan doa dan jamuan. Tahniah semua kerana hadir di majlis ini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget