KL CHRONICLE: October 2012

Wednesday, October 31, 2012

LAJIM UKIN SAH BAKAL T.P.M JIKA PAKATAN MENANG PRU - 13

Baru saja Pakatan Rakyat meraikan 'kemenangan' mereka memancing atau mungkin juga 'membeli' pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.

Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan 'standard' yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba. Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung

Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik. Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja. Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.

Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri. Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah. Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.

Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri. Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba 'tawar-menawar' harga dirinya untuk dijual beli.

Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.

Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang 'standard' juga kepadanya. Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, October 30, 2012

BONGKAR! ISI KANDUNGAN PERJANJIAN RAHSIA DAP - PAS ...!



Kata orang politik itu kotor.   Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.  Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.   

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.   Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.  

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.  Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan  Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.  

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.   Tentunya, ini adalah pelik.  

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.  Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.    Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar.   Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim.  

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.  Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.  Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin.  Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu.  

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.   Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik.    Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.  

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.  

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.   Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.  Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.  

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.  Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.  Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.  

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.  Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.   Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.  

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP.  Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.  

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.  Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.   

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP.  

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.   Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?   Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.  

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP.  Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.  Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan.  

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.  Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.   

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.   Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.   

Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri.  


BLACKBERRY PIN: 29F99948


Lebih 1,000 graduan kejururawatan akan dilantik berkhidmat dibawah SL1M

Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan baharu seramai 1,681 orang graduan lepasan diploma kejururawatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan pada Disember.

Proses temuduga akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Nov di 85 pusat temuduga di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan bersetuju untuk mengatasi masalah pengangguran graduan lepasan diploma dengan menambah bilangan perjawatan bagi jururawat di kementerian.

Beliau berkata pada masa yang sama kementerian itu juga, dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi, akan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) khusus bagi graduan lepasan diploma kejururawatan yang masih menganggur.

Program SL1M Graduan Kejururawatan ini adalah satu daripada usaha kerajaan untuk memperkasa graduan dengan kemahiran dan pengalaman klinikan yang boleh meningkatkan kebolehan mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai jururawat.

Liow juga berkata program SL1M ini akan melibatkan kerjasama sektor swasta iaitu hospital dan klinik swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Graduan yang terpilih bagi mengikuti program ini akan ditempatkan di hospital atau klinik swasta yang berdaftar bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun untuk meningkatkan serta memantapkan kemahiran dan pengalaman klinikan para graduan."

Beliau berkata graduan juga akan didedahkan dengan kemahiran insaniah, atau "soft skills", menerusi program latihan dalaman yang dilaksanakan oleh hospital atau klinik swasta yang berkaitan.

Bagi graduan yang tamat mengikuti program SL1M ini boleh terus diambil berkhidmat oleh hospital atau klinik swasta berkenaan ataupun memohon untuk berkhidmat di hospital atau klinik swasta yang lain.

Menurut Liow, program itu akan dilancarkan pada pertengahan Disember juga.

"Kementerian berharap program ini akan menarik minat hospital atau klinik swasta sebagai satu daripada CSR dan pada masa yang sama setiap hospital atau klinik swasta yang mengikuti program ini akan mendapat Insentif Potongan Cukai Berganda," katanya. — Bernama


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

ADIK NURSYAMIR PERLUKAN BANTUAN ANDA...



Tenang Muhammad Nursyamir Iqbal Bin Mohd Najib 
walaupun mengidap Jantung Berlubang.

Melihat pada wajah kanak-kanak ini seolah-olah tiada penderitaan yang dialaminya. Pada hakikatnya kanak-kanak ini mengalami komplikasi Jantung Berlubang dan Injap Jantung tersumbat yang boleh menganggu sistem pernafasan.

Sedih hati ini apabila mendengar keluh resah anak ketiga rakan Ritz yang sedang mengidap penyakit jantung berlubang dan kini memerlukan bantuan segera bagi menampung kos pembedahan. Kelewatan menjalani pembedahan akan menyebabkan pernafasannya terganggu.

“Mana saya hendak mencari wang RM40,000 untuk menampung pembedahan Muhammad Nursyamir Iqbal, sedangkan pendapatan kami seisi keluarga yang bekerja sebagai Operator kilang tidak begitu besar.”Demikian luahan seorang ibu, (Suzaidah Binti Silaiman  36),  mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.  
Kini keluarga ini merayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang berusia setahun. Semoga dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dapat meringankan beban kewangan keluarga ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Maybank
Suzaidah Binti Sulaiman
112026735224


Atau untuk mendapat pengesahan anda boleh menghubungi Suzaidah Binti Sulaiman (ibu) ditalian 0133394531

P/S : Harap anda semua dapat share info ini ke FB masing2, bagi membantu keluarga ini, bantuan anda amatlah dihargai . Terima Kasih Ritz ucapkan.









Sedikit Penerangan mengenai Penyakit Jantung Berlubang

Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung. Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.


Simptom ini akan berlaku lebih awal jika saiz lubang ASD itu lebih besar. Jika saiznya kecil (kurang dari satu sentimeter (sm padu), masalah ini biasanya dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan kesihatan kerana seseorang itu tidak akan merasa gejala seperti sukar bernafas dan lain-lain yang disebut di atas.

MOHON DIKONGSI & DISEBARKAN

Monday, October 29, 2012

Donald Lim KANTOIKAN @khalid_ibrahim & @tonypua

KUALA LUMPUR, Oct 29 — Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini membawa bukti bahawa masih banyak lagi projek perumahan mampu milik belum siap di Selangor.
Pengerusi MCA Selangor itu berkata dalam satu sidang media di parlimen hari ini, kerajaan negeri berjanji untuk membina 23,637 unit rumah dibina melalui anak syarikat negeri, namun hanya 287 sahaja yang sudah disiapkan sepanjang empat tahun pemerintahan.

"Menteri besar harus menjawab soalan ini, dan bukannya Tony Pua sahaja.

"Ini kerana Tony Pua bukanlah Menteri Besar Selangor, dari cara beliau menjawab seolah-olah beliau adalah menteri besar Selangor," katanya.

Menyusul lagi
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

VAN UMNO DISABOTAJ, INI CARA PEMBANGKANG BERKEMPEN?



Kesian betol UMNO Bandar Tun Razak, KL ni. Sudah beberapa kali disabotaj, baik dari segi kerja-kerja usahasama dengan penduduk, kain rentang, sepanduk dan juga harta benda milik UMNO.

Kali ini yang menjadi mangsa, van skuad sayang UMNO Bandar Tun Razak.



Mungkin van ini banyak jasanya kepada penduduk sekitar Bandar Tun Razak sehingga dicemburui oleh si pelaku.

Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya yang secara kebetulan melalui kawasan kejadian iaitu di hadapan Ibu Pejabat UMNO Bandar Tun Razak.

"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.


"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.
 
Saya masih lagi tidak mampu menuduh sesiapa yang disyaki atau membuat spekulasi rambang tentang siapa yang terlibat dengan perbuatan jahat ini. Tapi apa yang boleh saya pastikan ialah si pelaku bukanlah seekor babi walaupun nama babi jelas terpampang di dinding van tersebut.


Tidak memeranjatkan hari ini UMNO disabotaj begitu teruk di Bandar Tun Razak kerana parti ini sangat disenangi oleh rakyat di bahagian ini dan jika hendak dibandingkan dengan parti yang mendominasi kawasan Parlimen 124 ini, sememangnya seperti jauh panggang dari api.

sumber : REZQEEN HILL

@barisanasional YAKIN MENANG MINIMA 140 KERUSI PADA PRU - 13 @umbkl @mediaumno

The ruling Barisan Nasional (BN) expects to win more than the 140 federal seats it took in Election 2008 despite the onslaught and talk by Pakatan Rakyat (PR) that it can capture Putrajaya in the next general election which must be called by the end of April 2013, say government sources.

But BN politicians concede that as many as seven parliamentary seats in Sarawak and six in Sabah are vulnerable to PR but maintain that their stronghold on rural areas remain strong. There are 222 parliamentary constituencies and 505 state seats up for grabs in the coming 13th general election.

BN is confident of winning more seats than it did in the 2008 general election.

"The worst-case scenario is winning just over 120 seats but we're confident of getting as much as we did in 2008 if not more," a senior BN official told The Malaysian Insider, saying that their calculations do not take into account the impact of another Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) payout next January where households earning less than RM3,000 a month will get a one-off RM500 cash aid.

The Malaysian Insider learnt that BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Mansor expressed confidence that the ruling coalition will do as well as in 2008 during a recent talk with the Foreign Correspondents Club of Malaysia despite uneasiness over risky seats in the coalition's "fixed deposit" states of Sabah and Sarawak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 28, 2012

ORANG MUDA MELAYU PALING BANYAK MUFLIS PUN SALAH UMNO?

umlah pemuda berusia 34 tahun ke bawah di Malaysia yang diisytiharkan muflis meningkat hampir setiap tahun sejak tahun 2001 terutamanya dikalangan orang Melayu, kata Datuk Nadzim Johan. 

Setiausaha kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu dipetik berkata dalam akhbar Berita Harian, hampir 47 peratus daripada jumlah keseluruhan 4,568 kes baru pada suku tahun ini yang direkodkan di Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) adalah Melayu. 

"Aliran ini serius dan membimbangkan," kata Syed Nadzim. 

Manakala kaum Cina pula mencatatkan kedudukan kedua tertinggi sebanyak 34 peratus, kaum India 9 peratus dan lain-lain kaum adalah 10 peratus. 

"Sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung masalah ini. Malah PPIM juga mahu Akta Kebangkrapan 1967 dan Kaedah Kebangkrapan 1969 dipinda kerana sudah lapuk dan tidak sesuai," tambah beliau lagi. 

Berdasarkan statistik daripada MdI bermula daripada 2007, jumlah kes kebangkrapan yang dicatat ialah 13,238 disusuli peningkatan pada 2008 kepada 13,855 dan terus meningkat pada 2011 kepada 19,167. 

Selain itu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MdI sebagai punca kepada pengisytiharan muflis ini sejak 2005 hingga Jun 2012 adalah disebabkan beberapa sebab, antaranya ialah sewa beli kenderaan sebanyak 25 peratus, keberhutangan lain sebanyak 21 peratus, pinjaman peribadi 13 peratus dan pinjaman perumahan 13 peratus serta lain-lain. 

Disamping itu, negeri yang paling mencatatkan banyak kes muflis sepert yang direkodkan MdI adalah Selangor dengan jumlah 1,053 kes atau 23.05 peratus daripada 4,568 kes keseluruhan suku tahun ini. 

"Statistik Jabatan Perangkaan yang kami peroleh menunjukkan nisbah muflis dengan penduduk di Selangor ialah 1:581, bermaksud seorang bagi setiap 581 penduduk di negeri itu diisytiharkan muflis," tambah beliau lagi.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PADAN MUKA ORANG MELAYU KAT SELANGOR! HA HA


Padan muka orang Melayu, nak cakap Bodoh nanti marah, tapi nak buat macam mana..pandai sangat pergi sokong Anwar Ibrahim (PKR) dan Mat Sabu (PAS), sekarang nie harta - harta orang Melayu kat Selangor dah nak kene jual oleh Khalid Ibrahim. 5 harta orang Melayu yang nak kena jual ialah:

1. Menara PKNS di Petaling Jaya
2. SACC Mall di Shah Alam
3. Plaza PKNS di Shah Alam
4. Kompleks PKNS di Bangi
5. Wisma Yakin di Jalan Masjid India

Ha ha, lagi satu kalau korang tak tahu, Wisma Yakin dan Kompleks PKNS di Shah Alam dan Bangi ni majority peniaga orang Melayu. Lepas ni kalau jual kepada owner yang baru, ingat dorg nak bagi ke sewa yang murah macam sekarang? Boleh lah berharap tapi boleh blah..mesti lah keuntungan yang difikirkan. 

Saja aku nak refresh sikit, PKNS ini ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) :

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai badan korporat dan agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio- ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi Negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Untuk meningkatkan pertumbuhan sosio ekonomi, kompleks perniagaan dibuat bagi peluang kat orang Melayu berniaga dan jadi usahawan. Sewa diberi dengan murah supaya duit yang dijimat tu dapat digunakan sebagai modal untuk perniagaan. 

Tapi biasalah, sebab orang Melayu di Selangor dan Malaysia ni pandai - pandai belaka, undi Pakatan Rakyat (PR) dan termakan dengan janji Anwar Ibrahim. Takpa katanya, ini "reformasi" . bagus jugak lah, reformasi sikit,,biar orang lain yang meniaga di kompleks2 PKNS ni..ha ha 

P/s: jangan marah harta orang melayu dijual oleh Pakatan Rakyat, korang yang undi dorg in the first place..so padan muka. 

Supporting News : HERE

Saturday, October 27, 2012

TERKINI! GAMBAR PAIP PECAH DI TMN DESA TAPI @teresakok PULAK HILANG!! @razlanrafii

Gambar - gambar berikut menunjukan insiden yang baru berlaku di Danau Desa Business Centre, Taman Danau Desa, Parlimen Seputeh. Malangnya walaupun insiden ini sangat berbahaya kepada penduduk setempat dan juga kepada peniaga - peniaga di kawasan sekitar tmn desa, Ahli Parlimen Seputeh @teresakok masih tidak kelihatan.

Saya pun pelik, mana la ahli parlimen ni pergi. Dulu semasa Pesta Tanglung cepat pulak datang, skrg bila rakyat dalam kesusahan hilang entah kemana. Nak tunggu official report dulu ke YB?

Mungkin banyak pembaca yang tidak tahu, dulu blog ini pernah membangkitkan isu teresa kok tidak dtg melawat atau pun memberi bantuan kepada peniaga - peniaga melayu yang rosak kedai mereka akibat ribut kuat yg "hit" taman desa. Boleh pulak YB ni sound kitorg balik cakap "u x buat official complain, so I x visit". Pergh nak tunggu official complain kalau buat apa u ada pegawai-pegawai khas YB.

Harap insiden paip pecah kali ni pun YB Teresa Kok x lepas tangan dan salahkan UMNO pulak.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !

Kami di KL Chronicle ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca kami di serata Malaysia. Diharap juga pada sambutan kali ini, tiada lagi insiden - insiden seperti tahun lepas kembali berulang. DIharap pihak pembangkang terutama PAS lebih sensitif terhadap umat Islam. Politik politik juga, tapi takkan lah sampai nak daging korban pun DAP yang potong. Agak - agak lah...



Wednesday, October 24, 2012

TERKINI!! HIPOKRASI PEMBANGKANG DIBONGKAR @khairykj

Hipokrasi Kerajaan PR mengenai isu di bawah perlu didedahkan.

@Khairykj: Laman web subsidiari PKNS, Worldwide Holdings. Memiliki 25% dalam IPP Genting Sanyen. "Lucrative" katanya. Hebat! http://pic.twitter.com/W89QlDLy

@Khairykj: Screenshot dari laman web Kesas, syarikat konsesi tol. 30% masih dimiliki Kerajaan Selangor. Tapi kata nak masuh tol! http://pic.twitter.com/iLQ6v9lI

@Khairykj: Kerajaan Selangor dah mempunyai 4 tahun untuk jual pegangan saham IPP & konsesi tol yg mereka bantah dari segi polisi. Tapi masih pegang.

@Khairykj: MB Kedah dipaksa jual saham IPO Felda sebab bertentangan dgn polisi Pakatan. Tapi MB Selangor masih pegang saham IPP Genting & tol Kesas.

@Khairykj: Baru berucap di Parlimen: Pakatan bantah IPP & tol tapi Kerajaan Selangor masih miliki 25% Genting IPP & 30% highway tol Kesas!

Ini bukti kukuh pembangkang menipu rakyat Malaysia terutama ekstremis pembangkang!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, October 23, 2012

Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M), Pekan Pahang

BL1M

Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah Pekan menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.

Sebahagian penerima BL1M
"Saya ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO menerusi SHEB yang diketuai Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang menjalankan program perintis ini," katanya.

Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.

"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.

"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Program Perintis BL1M Lesen B2 tersebut.

Sementara itu, bagi penerima BL1M, Mohd. Hazwan Abd. Halim, dari Kuala Pahang di sini, dia tidak menyangka akan memperoleh lesen memandu yang diidamnya selama ini secara percuma.

"Saya gembira dan tidak menyangka kerajaan akan memperkenalkan program seperti ini kerana selama ini hanya diumumkan bantuan buku atau pakaian sekolah.

"Tetapi kali ini lesen turut diberikan percuma. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ," katanya yang merupakan seorang juruteknik.

Bagi Nur Afifah Abu Talib, 21, dari Kampung Padang Polo di sini, program BL1M itu berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki lesen memandu.

"Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki lesen memandu kerana masalah kewangan.

"Saya juga tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya sendiri," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan program Jom Check Mata kendalian Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pergerakan UMNO Bahagian Pekan.

Menerusi program itu, kira-kira 1,200 orang hadir membuat pemeriksaan dan sebanyak 451 orang menerima cermin mata masing-masing secara percuma.

Dalam pada itu, seorang penerima cermin mata, Riana Fitri Lukman, 19, berkata, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma dapat mengurangkan beban terutama golongan yang kurang berkemampuan.

"Kos membuat cermin mata pada masa kini boleh dikatakan agak tinggi dan saya lihat program seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar seperti saya.

"Sehubungan itu, saya harap program bermanfaat seperti ini wajar diteruskan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

THE REAL AZIZAN RAZAK PLEASE STAND UP...


Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan.  

Antara penemuan paling ‘hebat’ ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.   

Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.  

Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan.  

Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri.  

Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa.  Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga.  

Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO.   Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda.  Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi.  Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS.  

Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan ‘kesetiaannya’ kepada PAS.  Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli.  

Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.  Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang.  Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.  

Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi.  Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran.  

Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan.  

Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik.  Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu.  Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli.  

Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan ‘siapa’ yang memegang jawatan apa daripada ‘apa yang berlaku’.   Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya. 

Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek ‘hebat’ tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya.  

Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi?

Monday, October 22, 2012

Kedah government told to explain losses reported by Auditor-General


ALOR STAR, Oct 22 — The Kedah government must explain to the public the Auditor-General’s Report on the numerous leakages and losses by state government-linked companies.

Kedah Umno chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said all losses as revealed in the report could not be ignored as it involved a huge sum.

“It becomes an issue because many more state government projects are experiencing losses especially a company which was allowed to make a big loan to carry out business in Papua New Guinea.

“All these shortcomings must be explained. We want the state government to take action against the individuals and company managers involved instead of just keeping quiet,” he told reporters here today.

He said the state government was earnestly investing the public funds, in a short span of time, in Papua New Guinea but it did not benefit the state.

“I believe the people will punish the state government in the coming general election. But, prior to that, we will bring the issue of losses by GLCs to the State Assembly on November 20. Questions related to the audit report will be raised,” he said.

Ahmad Bashah said he was informed that the state government also blamed the Kedah Civil Service over the issue of housing projects which experienced losses as reported in the Auditor-General’s Report. 

“Take action if the officers are wrong but the mentri besar and state government who are in power must be responsible for all weaknesses and should not point fingers at others,” he added. 

The 2011 Auditor-General’s Report recently revealed that the investment in a timber project in Papua New Guinea incurred losses to the extent the company concerned had to take a RM135 million bank loan. 

The public low-cost housing maintenance project was reported to have issued contracts and made payments which were questionable. — Bernama

Sunday, October 21, 2012

[AUDIT 2011] KANTOI TANAH 716.8 EKAR DIBERI KEPADA SYARIKAT SWASTA OLEH KERAJAAN......?


Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah?

Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.

Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.

Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya? Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK?

Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.

Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.

Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung? Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi.

Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan. 

Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri? Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri?

Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini. masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali.

Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan. 

Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan? Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu?

SPR LANTIK 6 BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) SEBAGAI PEMERHATI PRU - 13


PETALING JAYA, Oct 20 – Six non-governmental organisations (NGOs) have been appointed by the Election Commission (EC) as observers for 13th general election in Peninsular Malaysia.

The NGOs are Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Association for Human Rights (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPP) and Malaysian Youth Council (MYC).

EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said the initiative, the first introduced by EC, is to give NGOs the opportunity to evaluate the transparency and regulations.

He said that EC is also in talks with several NGOs to be appointed as election observers in Sabah and Sarawak.

“We have discussed three times with the NGOs on the conditions of appointment and terms of reference,” he told reporters after a forum on free and fair elections organised by the National Institute for Electoral Integrity here today.

The selection of NGOs was made after EC was sure they are committed to fighting for democracy and are neutral, without favouring any political party.

Every NGO can only place three members in each parliamentary constituency as observers and asked to compile reports throughout the course of the election.

“Via the report, we will know what our weaknesses are and what need to be improved.”

EC would mobilise 230,000 staff during election and plans to amend the Election Regulations (Registration of Voters) 2002 after election.

Wan Ahmad said it is time for EC to re-examine the regulations to improve the registration of voters.

Meanwhile, Malaysians abroad can download form 1A on the EC website to apply for is postal voting next month.

“They are only applicable to Malaysians already registered as voters,” he added. – Bernama

Saturday, October 20, 2012

BUKTI AHLI PARLIMEN KUANTAN @fuziah99 MENIPU !




Kalau tidak menipu, bukan Pakatan Rakyatlah namanya.  Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong.   Setakat ini, beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH.  

Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan. 

BERSIH pula telah membodohkan diri sendiri apabila si paria Ambiga Sreenavesan begitu teruja ingin mengampu Mat Salleh, mengkhianati negara sendiri dan menjual maruah diri dengan menyembah Australia memohon agar negara itu ‘menjajah’ Malaysia secara tak langsung, melalui campurtangan dalam proses PRU.   Australia bagaimanapun menolak permintaan Ambiga atas alasan permohonan tersebut dibuat berdasarkan dakwaan yang tidak berasas setelah dibandingkan dengan fakta dan angka PRU yang lalu.  

Namun, apakah PR serik setelah beberapa kali tertelan ludah dan ditampar dari berbagai sudut kerana penipuan terdedah?  Tidak, sama sekali kerana tanpa menipu, apa lagi yang tinggal untuk parti itu?

Usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang perlu diteruskan bagi memastikan PR berkuasa.  Memandangkan demonstrasi-demonstrasi yang dirancang menjadi pemangkin untuk mencetuskan pemberontakan ala Dataran Tahrir tidak berjaya, maka satu-satunya cara yang tinggal ialah dengan terus menerus menafikan bahawa pilihanraya adalah bersih dan adil dan seterusnya alasan untuk memberontak dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang sekiranya keputusan PRU tidak menyebelahi mereka. 

Untuk itu, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh diberi peranan penting untuk meneruskan penipuan konon terdapat kelemahan dan ketidaktelusan yang serius dalam proses pendaftaran undi.  SPR dijadikan ‘punching bag’ dan dibelasah tanpa henti bagi memastikan penipuan terus hidup dan ‘berkembang biak’.

Maka kisah seperti Hasmidah Surahbil bernombor kad pengenalan 820315-12-6446 yang kononnya pemegang IC sementara tetapi telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR pun dicanang di dalam media-media PR.  Untuk pengetahuan, Hasmidah bukan orang pertama yang namanya dipolitikkan oleh PR.  Sebelum ini, beberapa orang lain telah turut dipergunakan sebagai alat untuk memburukkan SPR dan kerajaan.  

Namun, SPR hari ini membuat penjelasan bahawa Hasmidah telah memohon kewarganegaraan pada tahun 2002.  Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau telah pun menerima Mykad yang sah.  

Apa yang mengejutkan atau mungkin sebenarnya tidak mengejutkan dari kes Hasmidah ini ialah, berdasarkan borang pendaftaran pemilih Hasmidah, terbukti bahawa pendaftarannya dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.  

Jelas, Fuziah telah keterlaluan sehingga sanggup menggunakan strategi paling licik dan tersangat jahat hanya untuk memastikan partinya berkuasa.  

PR tidak serik melakukan penipuan sebegini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada sikap penyokong-penyokong mereka yang taksub dan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dan fakta yang dibentangkan oleh SPR atau kerajaan.  Oleh itu, kita tidak hairan walaupun beberapa kali terkantoi, mereka akan tetap tega menipu dan terus menipu.  

Antara penipuan lain ialah kononnya terdapat 63 kes MyKad dengan kod luar negara di DUN Gombak Setia dan kemudiannya setelah disemak, didapati lebih separuh daripada yang terlibat adalah juga didaftar oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.  

Justeru, apakah ertinya dakwaan dan tindakan PR membangkitkan keraguan terhadap pemilih yang mereka sendiri daftarkan? 

Sistem pilihanraya di Malaysia menyaratkan agar SPR menyemak semua nama pemohon dengan JPN dan disahkan sebagai warganegara sebelum didaftarkan sebagai pemilih.  Sekiranya ada kemusykilan atau kesalahan, maka aduan serta bantahan perlu dibuat agar pembetulan dapat dilakukan.  

Benar, sistem ini tidak mampu memastikan 100% kesempurnaan dalam proses pendaftaran undi.  Kerana itulah setiap wakil parti politik perlu berada di tempat pengundian untuk memantau proses pengundian sehingga selesai.   Jika terdapat keraguan, maka bantahan atau tindakan boleh dilakukan secara langsung, pada dan ketika yang sama.  

Justeru, adalah tidak wajar bagi PR untuk terus merancang bantahan terhadap keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka kerana mereka punya banyak masa untuk membantu SPR memastikan pengundian dijalankan dengan bersih dan adil.  

Dengan maklumat ini, rakyat tidak harus terpedaya dengan penipuan PR terutamanya sekiranya parti tersebut tetap menyalahkan SPR apabila keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.  Percayalah, ini adalah perancangan yang telah disusun sejak awal untuk membolehkan mereka mengambil alih kuasa walaupun kalah dalam pilihanraya.

Tidak salah jadi ‘Cina pisang’ — Ridhuan Tee Abdullah

20 OKT — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengatakan, Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Beliau juga menegaskan, ketika menjadi Menteri Pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti kerana memberi kuasa penuh kepada Menteri Pelajaran untuk menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan.

Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal.

Sekadar makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukan pendidikan Cina. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal sebagai SPC.

Ini tidak termasuk sejumlah hampir 1,300 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.

Akta 1996 yang lunak ini membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.

Najib turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut. Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka.

Kerajaan juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC dan menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC. Itu pun masih ditentang kerana mereka mahu UEC diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.

Sebagai timbal balas, Perdana Menteri menaruh harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. Persoalannya, bolehkah harapan Najib ini dipenuhi oleh komuniti Cina, terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak kemudahan dan begitu bertoleransi.

Tiada negara di dunia ini yang begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan untuk penambahbaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima.

Apa yang dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.

Lebih memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong pakatan pembangkang. Road map yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Selain itu, terdapat beberapa tuntutan utama lain yang mesti dipenuhi iaitu mengatasi masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit Mandarin dalam SPM, kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan, meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.

Kata Saifuddin lagi, sekiranya isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan saya, jika semua tuntutan dipenuhi, identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?

Saya harap kerajaan buat audit akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka. Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli?

Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus. Mereka lebih Cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk, proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan parti politik perkauman.

Proses pencinaan berlaku daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol Chinesesia.

Hargai toleransi dan sikap murah hati PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan bangsa lain.

Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan. Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?

Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih Cina daripada negeri Cina. Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal di lubuk sendiri.

Tidak salah menjadi "Cina pisang" sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal kita dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.

Tetapi hari ini kita berada di Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah bahasa Melayu.

Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan orang Cina. Itu pun orang Melayu sanggup korbankan lenggok dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina.

Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini. Sikap seperti tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi. Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang.

Saya langsung tidak anti Cina, sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang atau kita tidak rugi sedikit pun jika kurang sedikit kecinaannya, kerana kita sudah dapat yang sepatutnya. — Utusan Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget