KL CHRONICLE: @mediaumno : KISAH KENAPA SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA

Tuesday, July 31, 2012

@mediaumno : KISAH KENAPA SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA


Usaha Kuan Yew kini diteruskan Kit Siang dan Guan Eng
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.


Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.


Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia.

2 comments:

Seng Kek Koi said...

Lee Kwan Yew tidak pernah mengiktiraf orang Melayu sebagai Bangsa Pribumi Jati.Dia menanamkan fahaman seolah-olah bumi Melayu ini asalnya diduduki oleh kawanan mawas,lotong,beruk,biawak dan kura-kura sehingga orang Cina datang sebagai bangsa pertama menjejaki dan menghuni tanah ini. Itu pun tujuan mencari akar kayu dan binatang sebagai makanan dan ubat sinseh.Atau teorinya Tanah Melayu ini asalnya dari terumbu batu karang, saperti Kepulauan Spratlys, dihuni oleh burung2 laut sahaja, sehinga pelayar Cina membawa benih-benih kelapa dan pokok lain dan menanam diatas terumbu tersebut. Selepas itu sahaja seolah-olah bangsa lain dari Siam Raja terbuang(keluarga Tunku PM1) Jawa/Bugis lanun ( keluarga Tun Razak PM2 dan DS Najib PM6) Turki peniaga tarbus (Tun Hussein PM3)India/Kutty penjual batu permata(Tun M PM4) Padang Pasir Badwi gembala unta(PakLah PM5). Rakyat Melayu semua berasal dari macam2 tempat KECUALI Tanah Melayu.Datang sini sebagai lanun, pencuri lembu, gangster,peminta sedekah,pembawa ajaran sesat,lari dari tuan empunya hamba (istilah Melayu lama sebagai hamba) dan macam-macam sengkek. Itulah persepsi sejarah LKY terhadap Melayu.Anggapan ini juga dibawa oleh DAP, termasuk beberapa golongan Melayu separuh masak yang amat megah dengan darah Inggeris + Siam+Pakistan= Artis.Jadi sesiapa yang bersetuju boleh join DAP dan PKR. Tidak perlu baca dan kaji sejarah cuma dengar apa yang LGE, ANUar dan Rafizi cakap..tidak perlu belajar dan tahu apa-apa pun.

Anonymous said...

Field should stay an open area
________________________________________
A group of villagers in Kuala Ampang are hoping that the state government would not grant a permanent land title to the Ulu Klang Recreation Club (UKRC) in Jalan Kabus.
UKRC is appealing to Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to amend the status of the club’s land but an opposing group wants the authorities to maintain the status quo of the field.
Gombak MCA division chairman Datuk Yip Kum Fook who was very bad name in Buddhist and who was representing the villagers, said if a title is issued for the land and clubhouse, it would then become an exclusive club and would only be opened to members.
In principal, Yip said the clubhouse served as a community hall for Kuala Ampang villagers and giving exclusive rights to UKRC would deprive the local community of a meeting place.
He said according to the Shah Alam High Court’s decision dated Dec 20, 2011, the field is to remain as an open area and there should not be an appeal. But UKRC’s recent appeal is going against the decision and therefore should not be entertained by the state government.
“The decision is binding and therefore UKRC should not claim exclusive rights.
“The villagers do not mind if the field and clubhouse is maintained by the UKRC committee but granting a title will give rise to other problems in the future.
“There is a clause that states that the title can be transferred to other parties with the consent of the state authorities.
“Therefore in order to avoid legal battles in the future, it is imperative that the field is not issued a title and is open to the public,’’ added Yip Kum Fook.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget