KL CHRONICLE: George Town bukan untuk Melayu — Belalang Jalan Riong

Sunday, May 27, 2012

George Town bukan untuk Melayu — Belalang Jalan Riong

27 MEI — Bila berada di George Town, Belalang pasti ke Line Clear, gerai nasi kandar di celah-celah Penang Street. Lain orang lain seleranya, tapi setiap kali ke sana, di situlah Belalang tuju. Pada Belalang, hanya nasi kandar yang menjadi tarikan di ibu negeri Pulau Pinang itu. Hari ini Belalang rasakan George Town sudah jadi sebuah bandar terasing disebabkan ciri-ciri keCinaannya, mungkin disebabkan majoriti penduduk bandar raya itu orang Cina dan kebanyakan bangunan dan rumah di kawasan bandar milik orang Cina. Bila memandu di George Town pula, biasanya Belalang lebih berhati-hati. Ramai pemandu memandu seperti undang-undang di tangan mereka. Kawan-kawan nasihat, kalau terbabit dalam kemalangan jalan raya sama ada berat atau ringan, jangan berhenti tetapi terus ke balai polis. Anda mungkin dipukul jika cuba berlagak baik. Tidak lama dulu Belalang pernah melihat orang dipukul dengan kayu hoki ketika berlaku kemalangan kecil di sebuah simpang. Mereka memecahkan cermin dan memukul mangsa ibarat undang-undang di tangan mereka. 

Di George Town, tidak ramai orang Melayu yang sanggup menetap di situ lagi. Jika ada rumah di pinggir bandar sekali pun, mereka akan jual atau sewakan kemudian berpindah ke tanah besar di Seberang Prai atau kawasan berhampiran. Bagi orang Melayu, George Town ialah bandar Cina. Ciri-ciri keCinaan menebal. Ini berlaku sejak Tan Sri Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri lagi. Di bawah Lim Guan Eng bertambah hebatlah sebab Pulau Pinang dikuasai pembangkang. Dulu Tsu Koon susun supaya kawasan pulau dikuasai Cina untuk pastikan kerusi parti Gerakan terjamin. Dia lupa kebanyakan pengundi adalah orang Cina. Bila mereka beralih angin, seluruh negeri jatuh kepada pembangkang. 

Betul, kebanyakan ibu negeri di Malaysia dikuasai orang Cina kerana mereka menguasai ekonomi tetapi suasana keCinaan itu tidak begitu dirasakan. Di George Town suasana keCinaan itu begitu dirasakan. Memang ada orang Melayu hidup di Pulau Pinang tetapi mereka bukanlah penghuni banglo, kondominium atau pangsapuri mewah. Orang Melayu tinggal di celah-celah bandar selain rumah teres yang mereka beli berpuluh tahun lalu. Sekarang, kalau berpencen dan mahu beli rumah, mereka cari di tanah besar. 

Soalan untuk orang Melayu dan Cina 

Belalang nak tanya pada orang Melayu, tidak kiralah sama ada dalam Umno, PAS, PKR atau parti-parti lain serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang begitu banyak ditubuhkan di negara ini. Cuma Belalang minta mereka jawab dengan ikhlas dalam hati sama ada Ya atau Tidak, itu saja. Soalan pertama Belalang ialah adakah orang Melayu yakin DAP akan memberi keistimewaan kepada orang Melayu jika mereka berkuasa? Soalan kedua, adakah orang Melayu, khasnya orang PAS yakin DAP akan terima penubuhan kerajaan Islam di negara ini sekiranya PAS dan DAP sama-sama berkuasa? Soalan ketiga Belalang tujukan kepada orang Cina pula, adakah mereka mahu undang-undang Islam atau hukum hudud dilaksanakan di negara ini jika PAS dan DAP berkuasa? Soalan keempat untuk orang Melayu, khususnya orang PAS. Adakah mereka yakin DAP akan merestui penubuhan negara Islam di negara ini? Soalan kelima, untuk orang Melayu dalam PAS, Belalang nak tanya, mereka setujukah pakatan PAS-DAP-PKR? Setahu Belalang, yang menyokong pakatan ketiga-tiga parti ini hanyalah beberapa kerat pemimpin tertinggi PAS. Ahli akar umbi, tidak setuju dengan pakatan itu kerana mereka tahu Melayu akan hancur. 

Bila hilangnya rasa sensitif 

Bila Belalang fikir-fikirkan, rakyat negara ini sudah hilang rasa sensitif. Cakaplah apa saja, buatlah apa saja, perkara sensitif sudah tidak lagi dianggap sensitif. Ia sudah menjadi perkara biasa. Sudah banyak ujian dilakukan rakyat sama ada soal maruah bangsa, bahasa, malah agama, soal raja-raja dan macam-macam lagi, tapi ia berlalu ibarat angin yang bertiup. Bila Pengerusi DAP, Karpal Singh kata beliau akan memperjuangkan bukan Melayu jadi Perdana Menteri, semua orang terkedu. Isu ini kemudian diperdebatkan seketika dan kemudian semua orang lupa. Cuma, bila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau adalah calon Perdana Menteri bagi menyahut kenyataan Karpal itu, Belalang tergelak terbahak-bahak. Bila masa pula Anwar tukar keMelayuannya. Tak payahlah nak betulkan kenyataan Karpal tu. Karpal dah cakap dengan jelas yang dia nak lihat bukan Melayu jadi PM. Takkanlah Karpal silap cakap sebab beliau adalah seorang peguam yang perlu berhati-hati dengan setiap perkataan yang diluahkan dan tahu implikasinya. — berita harian online
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget