KL CHRONICLE: December 2011

Thursday, December 29, 2011

PAS HANYA TUKANG PASANG KHEMAH - AZIZ BARI

Klip video dibawah diambil dari Malaysiakini didalam satu wawacara stesen tersebut dengan Prof Aziz Bari. Di dalam klip video tersebut dengan terang Prof Aziz Bari memperlekeh kepimpinan Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS sendiri. Perkara ini bukan direka dan saya tidak melakukan tuduhan atau fitnah. Para pembaca boleh melihat sendiri video dibawah dan membuat penilaian sendiri. 




Antara intipati video adalah:

  1. Public relation Haji Hadi sangat lemah.
  2. Dikelilingi orang business yang boleh support presiden party.
  3. Orang PAS dah tanya bila Haji Hadi nak berhenti?
  4. Haji Hadi terkial-kial nak menang di Marang
  5. PAS hanya tukang pasang khemah
  6. Haji Hadi pernah mengkafirkan UMNO
  7. PAS hanya flip-flop dalam isu negara berkebajikan
  8. Lawan presiden PAS dianggap pengkhianat
  9. Ustaz Azizan jauh lebih baik dari Haji Hadi. 

Tapi, yang paling menarik, selepas Presiden PAS dikutuk oleh Aziz Bari, berita terkini yang kita terima adalah Pemuda PAS ingin Aziz Bari sertai PAS. Ini pun bukan fitnah atau "spin", sumber cerita adalah dari The Malaysian Insider:

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.
Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.
“Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.
“PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar,” katanya.
Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.
“Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri,” tambahnya.
Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.
“Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya,” katanya lagi.
Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insidersebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.
Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, “politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.”
“Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya lagi.

Lu pikir lah sendiri..

Twitter - @kabir_akram

Wednesday, December 28, 2011

DAP PANCING PEMIMPIN UMNO?

Siapa pemimpin UMNO yang bakal masuk DAP?

Difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.
Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.
Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.
“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.
Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.
Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.
The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.
Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.
Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.
Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.
Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.
My comment:
Selama ni bukan main dok kutuk UMNO, kata parti rasuah la, penipu la bagai..sekarang pemimpin-pemimpin dari UMNO jugak yang korang cari..mana pemimpin Melayu dalam DAP? Kata parti untuk semua kaum..

ANTARA ANWAR, KHIR, HARUN DAN MAT TAIB — ZAINI HASSAN

Anwar Ibrahim sakit kepala?

28 DIS — Saya mempunyai hubungan masam-manis dengan Dr Mohd. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dua penggal. Beliau kini didapati bersalah atas satu kes membabitkan sekeping tanah yang mahu dijadikan tempat tinggalnya selepas persaraan.

Tanah rumah itu menjadi kontroversi yang mengheretnya ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan. Tanah yang dibeli dengan hutang bank itu turut dirampas.
Dr Khir ternyata tenang. Beliau tidak gelabah. Beliau tidak membawa parti bersamanya menentang keputusan undang-undang. Beliau juga tidak membawa orang-orang Umno bersama-sama menemaninya. Beliau tidak menghasut para pelajar untuk menyokongnya.
Dr Khir, yang menjadi MB selama dua penggal, berseorangan. Dulu semasa beliau menjadi MB, saya pernah menghentam beliau dengan kes Bukit Cerakah, penerokaan tanah-tanah di Seksyen U10 Shah Alam sehingga mengakibatkan taman botanik di sebelahnya terjejas teruk. Kini tanah-tanah residensial di situ menjadi cukup bernilai tinggi.
Semasa isu itu sedang panas, beliau dan konco-konconya memarahi saya. Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh orangnya ke atas saya. Tapi kemudian kami berbaik semula. Sebagai wartawan, saya tidak ambil hati. Begitu juga beliau.
Pendek kata perwatakan Dr Khir cukup tenang. Mungkin kerana asas kuat agama dan sifat orang kampung yang ada di dalam jiwa dan dirinya, doktor gigi itu tidak meloncat ke sana ke mari.
Untuk rekod, jawatan MB Selangor ini cukup keramat. Sudah tiga orang MBnya menghadapi tuduhan di mahkamah — termasuk Harun Idris dan Muhammad Muhd. Taib (Mat Taib). Harun dan Mat Taib kemudiannya membawa diri. Harun sudah meninggal dunia dan Mat Taib jarang-jarang kelihatan dalam dunia politik.
Namun, bukan semua orang bersifat seperti mereka. Mereka tidak memporakperandakan negara angkara bala yang menimpa mereka itu. Mereka reda.
Anwar Bin Ibrahim sebaliknya, yang terlalu menonjolkan imej baik, warak, intelek, pandai, bijak, tidak pula begitu.
Dia juga menghadapi perbicaraan mahkamah. Bukan sekali, tapi dua kali. Sisa-sisa hidupnya kini bergelumang dengan perbicaraan mahkamah. Jika sekali bolehlah dikatakan fitnah, tapi sudah masuk dua kali apakah juga fitnah? Apa hebatnya sangat Anwar sehingga acap kali orang mahu memfitnahnya? Mungkin di mata Amerika Syarikat dia hebat.
Keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan seorang pemuda Saiful Bukhari Azlan akan diketahui pada 9 Januari 2012 ini. Kempen untuk menyelamatkan Anwar kini rancak dijalankan.
Jika dulu Anwar membawa slogan Reformasi, kini dia membawa slogan Revolusi pula.
Pelajar-pelajar universiti akan digembling sekali lagi untuk membuat angkara pada tarikh yang dikenali sebagai 901 itu.
Saya masih ingat di zaman refomasi dulu. Satu KL kecoh dengan demonstrasi jalanan. Harta-harta awam dimusnahkan. KL lumpuh. Kebetulan Naib Presiden Amerika, Al Gore yang berada di KL turut menuang minyak dengan menyokong kumpulan itu. Pelajar-pelajar universiti, rata-ratanya dari UIA, UM, UKM berhimpun dan membuat kecoh.
Setelah keadaan reda menjelang tengah malam, saya dengan beberapa rakan bercadang keluar minum sambil meninjau keadaan di Kampung Baru. Kami keluar dengan Pajero pejabat. Apabila tiba di lampu isyarat antara Masjid Kampung Baru dan Pusat Perubatan Kampung Baru, sekumpulan pemuda yang rata-rata pelajar universiti tiba-tiba memekik Utusan, Utusan, Utusan. Kami tidak perasaan ada logo Utusan di pintu Pajero itu.
Beratus-ratus mereka mula rapat ke arah kenderaan kami. Ekoran gema laungan Hancur Utusan, Hidup Reformasi semangat menjadi ganas. Pajero kami dibaling dengan batu. Kami bernasib baik kerana kenderaan itu tidak dilontar dengan bom api, molotov cocktail oleh pelajar yang hilang waras. Pemandu kami cepat menyelamatkan kami memecut masuk ke dalam Balai Polis Dang Wangi.
Itu kejadian lebih 10 tahun lalu. Kini pelajar-pelajar tersebut — termasuk yang membaling batu menembusi tingkap Pajero itu — sudah menjawat pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan, mahupun swasta. Perasaan mereka kini tidak lagi memberontak seperti dulu. Mereka kini sudah boleh menilai baik dan buruk, hitam dan putih serta siapa sebenarnya Anwar Bin Ibrahim.
Kini pelajar-pelajar yang mentah, pasca-10 tahun reformasi, digunakan sekali lagi. Mereka menggunakan NGO pelajar universiti.
Anwar sendiri mengadakan perjumpaan dan dialog dengan anak-anak muda mahasiswa itu di kediamannya di Bukit Segambut pada 23 Disember lalu. Hadir lebih kurang 100 orang.
Antara intipati perjumpaan, Anwar mahukan mahasiswa tegas dan lantang memperjuangkan hak rakyat.
Persoalannya hak siapa? Hak rakyat atau hak Anwar sendiri? Timing beliau serta kempen-kempen 901 itu cukup membuktikan dia cuba menarik para pelajar itu untuk membuat kacau bagi menyelamatkan dirinya pada 9 Januari ini.
Satu lagi persoalannya apakah beliau sudah mengetahui kes liwat itu tidak akan menyebelahinya?
Majlis perjumpaan itu diadakan selepas Anwar selesai berjumpa dengan sekumpulan kononnya puak reformis dan ahli-ahli akademik. Siapa ahli-ahli akademik itu saya tidak boleh sebutlah.
Sebelum majlis bermula Anwar telah membaca puisi bertajuk Takut 66, Takut 98 hasil karya Taufik Ismail. Taufik ialah seorang penyair Indonesia terkenal. Dia salah seorang daripada puluhan budayawan dan seniman Indonesia yang mencetuskan Manifest Kebudayaan pada tahun 1966. Golongan ini menerbitkan antologi puisi diberi nama Angkatan 66. Angkatan inilah yang mencetuskan revolusi menentang rejim Sukarno. Sukarno pada masa itu dikuasai oleh PKI - Parti Komunis Indonesia.
Semangat 1966 di Indonesia dan reformasi 1998 di KL itulah yang mahu dibangkitkan semula oleh Anwar. Anwar mahu samakan Najib dengan Sukarnokah?
Mood mahasiswa yang mendengar bacaan puisinya di perjumpaan itu cukup membara dan bersemangat. Anwar memang terkenal sebagai seorang yang pandai membakar semangat kemarahan orang.
Difahamkan esok, jam 11 pagi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru satu kempen Bebaskan Anwar 901 bertemakan Tolak Fitnah 2, Lawan Konspirasi akan dilancarkan.
Tetapi difahamkan juga, ia dibatalkan di saat-saat akhir kerana ramai pemimpin bercuti dan tiada sambutan dari PAS dan DAP.
Benarlah Anwar dan konco-konconya sedang merancang satu lagi reformasi. Kali ini atas nama revolusi, setelah reformasi dulu gagal. Matlamatnya ialah untuk menyelamatkan tengkuk Anwar sendiri.
Itulah Anwar yang kita kenali. Dia umpama anak nakal yang jika ibu bapa marah atas kesalahannya, dia akan memberontak bagi menegakkan kebenarannya yang salah itu.
Secara logik tiada siapa yang akan memfitnah Anwar buat kali kedua.
Kes liwat pertama dulu tidak dinafikan berlaku oleh mahkamah. Kini negara dan dunia sedang menanti kes liwatnya yang kedua pula dengan seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan.
Saiful dalam facebooknya menulis: Saya reda apa jua keputusan. Akan terus doa, istiqamah dan sabar.
Anwar sebaliknya gelabah. Anak-anak muda digunakan untuk menjadi perisainya — buat kali kedua. Itulah uniknya Anwar Bin Ibrahim berbanding dengan tokoh-tokoh yang lain.
Selamat Tahun Baru 2012. Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera. — Utusan Malaysia

Sunday, December 25, 2011

HASSAN ALI - TIADA RUANG UNTUK SAYA DALAM HARAKAH


Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali menegur lidah rasmi PAS Harakah yang didakwanya hanya membuat liputan berita terhadap golongan tertentu sahaja dan mengenepikan pihak lain.
Katanya, keadaan itu ketara lebih-lebih lagi isu membabitkan dirinya sejak dua minggu lepas,  malah beliau tidak diberikan ruang dalam media parti sendiri untuk bersuara.
“Kalau buat analisis kajian kandungan dalam Harakah berhubung polemik ini sejak dua mniggu lepas berapa peratus ruang yang diberikan untuk Hasan Ali?
“Masa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor pun tak banyak peruntukan diberikan kepada saya berbanding orang lain,  kadang-kadang ruang diberikan kepada parti komponen lain lebih besar berbanding golongan tertentu dalam PAS sendiri,” katanya dalam sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas mengenai temuramahnya dengan TV3 menerusi slot ‘Soal Jawab’ Rabu lalu.
Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang pernah memanggil media termasuk Harakah untuk menjelaskan pandangannya mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
`Mungkin perintah orang berkuasa’
“Biasanya kalau timbalan mursyidul nak keluar akhbar mereka ini didahulukan tapi kemungkinan atas perintah orang yang berkuasa dalam Harakah didapati artikel sampai sekarang tak tersiar.
“Bayangkan kalau berita timbalan mursyidul am pun  tak keluar apatah lagi Hasan Ali,” katanya yangmendakwa turut mendapat aduan yang sama daripada anggota dan pimpinan PAS  yang lain mengenai isu ini.
Walaupun tidak menafikan sumbangan besar Harakah dari zaman merdeka sehingga kepada kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya, Dr Hasan berkata pimpinan tertinggi perlu melihat semula struktur organisasinya walaupun isu ini pernah dibincangkan dalam parti.
Sementara itu, Dr Hasan  berkata beliau terbuka menerima mana-mana media yang mampu meletakkan berita itu ke pangkuan masyarakat seluas-luasnya dan tidak nampak kemudaratan yang diberikan kepada diberikan kepada dirinya dan parti sepanjang polemik ini timbul.
“Keterbukaan mereka untuk menerima orang seperti saya lebih besar daripada apa yang ada dalam media milik parti sendiri.
“Saya gunakan media yang dah sedia kukuh dengan tiada niat untuk mengambil keuntungan politik dan saya merasakan itu tindakan terbaik untuk saya setakat ini,” katanya.

Thursday, December 22, 2011

ANWAR IBRAHIM, ADAM ADLI DAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Terima Kasih kepada blogger papagomo kerana membongkar rahsia Anwar Ibrahim, Adam Adli dan SMM. Selama ni SMM menipu kita dengan mengatakan mereka adalah gerakan suara mahasiswa yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Mereka "bangkit" kerana mahu AUKU dihapuskan, namun dengan pendedahan dibawah, akan membuktikan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat adalah perancang dan mastermind kepada golongan mahasiswa ini : 



Kesemua diatas yang terlibat dalam demo di PWTC yang mana telah membuang bendera Najib Razak Perdana Menteri kita merupakan mereka Mahasiswa yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang.Kesemua mereka juga terdapat didalam gambar ketika memorandum diserahkan kepada Pudin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Bukti yang diberikan didalam Gambar diatas tidak mampu untuk dinafikan mereka semua dan juga Anwar Ibrahim kerana bukti bukti lain juga telah diperolehi dalam memastikan para Mahasiswa lain tidak terjebak ataupun terhasut dengan ajakan mereka yang telah pun dibiayai Anwar Ibrahim.


Lihat Tanggal Berapa Perjumpaan Ini

Gambar diatas memberikan kita semua pemahaman atas apa yang berlaku tempoh hari dan juga pada hari hari yang mendatang ini. Anwar Ibrahim telah merekrut mahasiswayang terpilih dalam menjadikan mereka perisai hadapan buat dirinya dalam menumbangkang kerajaan menjelang 9 Hb Januari ini.

Umum mengetahui 9 hb Jan nanti Mahkamah akan memutuskan kes Liwat Anwar Ibrahim dan dari pengamatan kita semua peluang tertuduh iaitu Anwar Ibrahim untuk Bebas adalah amat tipis. Atas sebab sebab ini Anwar Ibrahim cuba melakukan rusuhan dengan mengguna pakai mahasiswa yang mana boleh dijadikan ROBOT olehnya demi 9hb Jan nanti.

Adam Adli dijadikan peletus dalam kerja jahat Anwar Ibrahim dengan mengarahkan Adam Gay Jamban ini untuk mencetuskan rasa tidak aman dengan membuang bendera Najib Razak di Pwtc tempoh hari. Sekarang Adam Adli diam seribu bahasa kerana peranan yang akan berlaku selepas ini bukan lagi kepada Adam tetapi sebaliknya kepada ROBOT ROBOT Anwar Ibrahim yang lain.

Satu persatu isu yang mana akan menggugat ketenteraman Awam akan timbul selepas ini sehingga ke tanggal 9hb Januari. Modus operandi ini telah dikesan dan segala maklumat dan individu yang terlibat telah pun dikenal pasti malah sudah ada antara Mahasiswa yang dijadikan ROBOT Anwar Ibrahim telah bertindak menyalurkan maklumat akan kegiatan mereka ini.

Buat rakyat Malaysia terutama para Mahasiswa usah dijadikan ROBOT Anwar Ibrahim, cukup cukuplah mengenang mereka yang telah berjuang untuk Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Anda lihat kesannya kepada negara dan individu tersebut.

Jika Anwar Ibrahim benar dan tidak bersalah sudah pasti beliau akan berlawan habis habisan di Mahkamah dengan menampilkan Alibi Alibi yang baik malah Wan Azizah serta pakar DNA ditampilkan dalam membuktikan kepada Mahkamah dan juga rakyat Malaysia serta Dunia yang beliau tidak bersalah.

Tolong Alert hal ini, jangan kita jadi ROBOT Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain. Mahasiswa ada Otak bukan Mahasiswa yang Otak Tepu sepertimana kumpulan Agen Agen Anwar Ibrahim ini.

Thanks Gomo for the info. 


Lu pikir lah sendiri...

twitter - @kabir_akram

Sunday, December 18, 2011

KENYATAAN RASMI PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH

Saya berterima kasih kepada Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi Pemuda UMNO Seputeh berkaitan tindakan segelintir mahasiswa yang bertindak kurang ajar menurukan bendera YAB Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC 

Kenyataan rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh adalah seperti berikut:

Salam,


Saya mewakili Pemuda UMNO Bahagian Seputeh merasa terguris dan kecewa dengan tindakan segolongan Mahasiswa yang bertindak kurang ajar menurunkan Bendera Gambar YAB Dato Seri Najib di PWTC.


  1. Pertamanya mereka sudah melakukan jenayah dengan menceroboh bangunan PWTC dan laporan polis seharusnya dibuat kepada mereka atas pencerobohan itu.
  2. Kedua, ternyata golongan ini telah digunakan untuk kepentingan politik pembangkang dimana Tian Chua turut serta berdemo dengan mereka.
  3. Ketiga, tindakan mereka ternyata tidak dapat dikawal oleh pengerusi penganjur dan ianya amat memalukan golongan Mahasiswa seluruh Malaysia, saya percaya ramai Mahasiswa tidak bersetuju nama mereka terpalit dengan tindakan segelintir ini.
  4. Keempat, saya menyarankan Dato Saifuddin agar bertanggunjawab di atas kejadian ini. Beliau yang menerima memorendum di PWTC dan sedang beliau berucap,kejadian menurunkan bendera ini terjadi. Eloklah memanggil semua yang terlibat dan meminta mereka semua memohon maaf secara terbuka sekiranya tidak, eloklah berundur.

Ternyata usaha untuk memberikan kebebasan kepada Mahasiswa gagal kerana golongan ini senang di pengaruh dengan emosi yang tidak menentu. Golongan ini telah digunakan oleh pihak pembangkang dengan membakar emosi yang tidak bertempat. kumpulan ini juga bertindak di luar kewarasan mereka dan tidak mengambarkan kumpulan yang bijak seperti mana kumpulan yang mereka wakili.

Pihak kerajaan sudah memberi ruang dan peluang untuk berbincang dan bersama memberi pandangan di atas pengubalan akta AUKU, tetapi kita tidak melihat keikhlasan puak-puak ini untuk menambahbaikan sistem ini tetapi dengan sengaja mahu mencari populariti dan menjadi suara pihak pembangkang.


Eloklah kita pikirkan kembali kekebasan yang mereka mahukan, dikhuatiri nanti emosi orang muda yang tidak dilapik dengan ilmu akan merosakkan masa depan mereka. Ini jelas (petikan penuh kenyataan)


Twitter - @kabir_akram

Monday, December 12, 2011

DILEMA MELAYU - PART 1




Perasaan perkauman bukanlah perkara baru di Malaysia. Walaupun ada dakwaan yang hendak menafikannya namun hakikat yang nyata ialah tidak ada satu pun parti politik di Malaysia yang betul-betul bukan Perkauman. Sebahagian besar orang-orang Malaysia baru menyedari betapa meruncingnya masalah perkauman ini setelah berlangsungnya Pilihanraya tahun 2008.

Di Malaysia sekarang, banyak janji-janji manis dilafazkan terhadap konsep bukan perkauman dan lebih-lebih lagi terhadap politik bukan perkauman. Parti perkauman didalam Negara ini selain tiga komponen utama Barisan Nasional (BN) adalah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan juga sebenarnya parti komponen Pakatan Rakyat sendiri iaitu DAP dan PKR.Meskipun mereka bersungguh-sungguh membantahnya, namun semua parti politik ini bersifat perkauman di dalam kegiatan politik mereka.

Di Malaysia, ada tiga kaum utama yang hampir-hampir tidak mempunyai sebarang persamaan. Firasat, bahasa, kebudayaan dan agama mereka berbeza. Di samping itu, bagaimanakah sesuatu kaum itu boleh melupakan kaum nya sendiri hanya kerana mahu dasar kesamarataan kaum. Adakah ini boleh berlaku ataupun hanya angan-angan dan janji manis untuk mendapat kemenenangan di dalam pilihanraya akan datang?

Tiada sebarang sebab yang membolehkan seseorang itu melupakan bangsanya. Jadi orang yang berkata “lupakan bangsa” tentulah penipu. Jika warganegara dibeza-bezakan mengikut kaum maka tentulah terdapat kesetiaan terhadap kaum. Kesetiaan kaum mestilah melibatkan keistimewaan kaum sendiri dan menolak sesuatu agenda yang merugikan kaum tersebut.

Saya berpendapat, langkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diilhamkan olen Tun Abdul Razak telah membawa banyak manfaat kepada orang Melayu secara am nya. Ini harus diterima oleh orang Melayu sendiri, jangan merasa malu apabila menerima bantuan oleh kerajaan, kerana kerajaan sedar akan tanggungjawab terhadap orang Melayu. Ini adalah janji pemimpin terdahulu sebelum merdeka lagi. Kebangkitan orang Melayu di Malaysia, dengan sendiri nya akan meningkatkan daya saing orang Melayu dengan kaum bukan Melayu.

Semua langkah ini bertujuan untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil, dimana tidak ada satu kaum yang lebih maju atau “superior” berbanding kaum lain. Orang tidak akan berkata bahawa langkah-langkah membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil itu salah. Ataupun adakah salah polisi kerajaan ini untuk memperkasakan orang Melayu?

Sebaliknya pula, setengah-setengah orang bukan Melayu melihat penghapusan politik perkauman sebagai satu cara bagi mengukuhkan kedudukan kaum mereka sendiri. Jadi tentangan mereka terhadap politik perkauman sebenarnya tidaklah mencermikan sentiment anti-perkauman, cuma dengan terhapus dasar politik perkauman dan dasar-dasar istimewa orang melayu akan menguntungkan mereka. Strategi mereka ini sangatlah nyata.

Soalnya sekarang, kaum-kaum di Malaysia adalah berbeza. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi perkara yang lebih penting ialah tiap-tiap kaum itu mendakwa bahawa kaum-kaum lain lebih baik kedudukan mereka.
  1. Orang Bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu
  2. Orang Melayu pula mempersoalkan kuasa ekonomi orang Cina

Tetapi ramai yang lupa, dari dua perkara diatas, adalah lebih mudah dengan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu berbanding memastikan orang melayu dapat menguasai ekonomi Negara. Dua perkara yang sangat berbeza magnitude dan impak terhadap Negara. Adakah orang Melayu, selepas pemansuhan dasar hak keistimewaan orang Melayu, dapat memecahkan monopoli ekonomi orang Cina?

Jadi soalnya, mana yang harus diutamakan dahulu? Apakah dengan menghapuskan dasar-dasar dan hak keistimewaan orang Melayu akan wujud integrasi kaum atau pun orang Melayu akan lebih terpinggir di dalam sistem politik dan ekonomi Negara?

Lu pikirlah sendiri...

Twitter - @kabir_akram

Friday, December 9, 2011

KETIRISAN KUASA POLITIK ORANG MELAYU

Korang pikir lah sendiri..

Saya ingin menegaskan  PAS terus memperbodohkan orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan luar bandar,tetapi PAS lupa bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Barisan Nasional menggantikan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Ini kerana semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam.

Isu ini menjadi antara fokus dalam perhimpunan agung UMNO yang berlangsung minggu lalu dimana semua kaum dan parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut. Saya berpendapat, perkara yang paling penting bagi system politik Malaysia ialah mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam harus menjadi teras kepada politik negara ini dan dominan dalam mana-mana perikatan, sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

 Saya percaraya rakyat juga menerima hakikat bahawa teras kepada politik negara ini selama hampir 54 tahun ialah orang Melayu Islam. Oleh itu, sesiapa yang menguasai politik Melayu Islam maka, dia menguasai teras politik Negara. Walau bagaimanapun, satu factor yang saya jangkakan akan berlaku para PRU – 13 adalah jika berlaku pertembungan dalam pilihan raya antara UMNO dengan DAP di kerusi Melayu, ini berkemungkinan akan berlaku jika DAP menurunkan calon Melayu di kawasan majoriti melayu, kemungkinan untuk mendapat seorang wakil rakyat Melayu di bawah DAP akan menjadi kenyataan. Saya bukan tidak yakin dengan kekuatan UMNO, tetapi dalam reality politik semasa, sokongan sahabat-sahabat dari bangsa Cina tidak bersama BN. Itu adalah kenyataan.  

Malah, kuasa politik Melayu Islam akan menjadi semakin lemah dan rapuh apabila DAP menggantikan kerusi PAS dan  menentang UMNO. Ini kerana, politik is all about numbers, dimana Parti yang mempunyai paling ramai ADUN dan Ahli Parlimen adalah parti yang berkuasa/dominan.

“UMNO hari ini ada 78 kerusi seluruh negara. PAS hanya 23 kerusi dan PKR hanya ada 18 kerusi Melayu. Sekiranya, DAP dapat menggantikan PKR/PAS  dan meletakkan calon Melayu DAP, kekuasaan politik Melayu sendiri akan dikuasai oleh DAP melalui ahli-ahli mereka. Dalam keadaan ini, teras kuasa politik melayu walaupun masih “dikuasai” oleh orang Melayu , tetapi yang bernaung dibawah DAP.

Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Kelantan dan disebarkan jika PAS menang, Hudud akan dilaksankan. Malangnya, Kita memperbodohkan orang kita sendiri.

Andaian DAP yang akan menguasai politik negara jika PAS kalah dalam pilihan raya adalah benar dan sehingga hari ini, DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan mereka   TIDAK akan menurukan calon Melayu dibawah payung parti DAP.

Ini kerana kawasan-kawasan yang dikuasai orang bukan Islam secara majoritinya ialah 40 kerusi dari 220 kerusi. Jadi, untuk menguasai Negara, DAP perlu menembusi kawasan-kawasan majority Melayu, dan untuk berkuasa mutlak, cara paling mudah adalah meletakkan calon mereka sendiri dan bukan dari PAS atau PKR.

Bagi saya, strategi politik PAS dan PKR ini silap kerana secara tidak langsung boleh mengurangkan kerusi Melayu walaupun BN masih majoriti.

Oleh itu  bagi saya, kerjasama PAS dengan DAP dan PKR adalah kerjasama wala’ yang boleh menggadai prinsip dan perhitungan halal dan haram.

Ok. Got to go. Have a good weekend you all J

Wednesday, December 7, 2011

MALAYSIA ADA MACAM-MACAM MASALAH?



Hari ini saya akan menulis tentang sesuatu yang begitu dekat di hati saya, iaitu Malaysia. Selalu kedengaran di dalam media pembangkang dan juga dari pemimpin BN seperti Tengku Razaleigh yang Malaysia ini negara bermasalah, dari peningkatan kadar jenayah, rasuah, institusi kehakiman dan sebagainya. Walau bagaimanapun, untuk betul-betul memahami sentiment RAKYAT di bawah, ”, Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persektutuan (PPUWP) telah mengambil inisiatif untuk turun ke bawah dan menemubual rakyat untuk mengetahui apakah pandangan/pendapat  mereka terhadap negara ini.

Sentimen dari bawah adalah amat jelas, iaitu Malaysia sebuah negara yang TIDAK bermasalah dan saya bukan mereka-reka perkara ini. Ini dapat disahkan oleh video dibawah. Video ini telah dirakamkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di tengah-tengah Kuala Lumpur. Pelbagai lapisan masyarakat, dari agama dan latar belakang ditemubual. Bagi pembaca yang sangsi terhadap kesahihan video ini, dan ingin menuduh kami membayar para rakyat yang ditemubual, saya dengan berbesar hati sudi membawa pembaca sendiri menyertai kami mengelilingi Kuala Lumpur dalam sesi kami yang seterusnya. Lihat sendiri, apa rakyat dibawah sedang katakan, apa pendapat mereka tentang Pakatan Rakyat, PAS dan Anwar Ibrahim.

“Malaysia sebuah Negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masalah, tak perlulah saya sebutkan kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini” – Tengku Razaleigh Hamzah  

Ye ke Malaysia ada masalah? Jom tengok apa rakyat kata…


Lu pikir lah sendiri..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget